Komuniti Followers

13 Oktober 2008

Repost: Aplikasi Tulisan Jawi


Saya menerima satu pesanan di ruang komen blog ini daripada seorang saudara yang saya kira berasal dari tanah seberang Indonesia. Mesejnya seperti di bawah:

“Setelah dicoba, tidak bisa dicopy. atau tulisan beli dulu programnya (dlm bahasa inggris) bagaimana caranya ?”

Pesanan ini dihantar untuk betanyakan tentang aplikasi tulisan jawi yang saya post kira-kira setahun yang lalu. Mungkin kerana tempoh masa simpanan data di rapidshare yang terbatas, maka pautan yang saya telah nyatakan sebelum ini telah dipadam oleh pihak mereka.

Maka dengan ini, saya memberikan pautan terbaru bagi aplikasi tulisan jawi ni. Moga bermanafaat .

Untuk mendownload aplikasi sila klik

http://hotfile.com/dl/84347672/275c6a5/jawi.exe.html

untuk manual penggunaan sila klik

http://hotfile.com/dl/84347723/cc19a65/manual_tulisan_jawi.txt.html

Tokei Ikan BertaQwa

88999 KOta Kinabalu

12 Oktober 2008

Aplikasi Waktu Solat


Salam tautan ukhuwah.. Salam segala salam :)

Laman sesawang tanaksada.blogspot kali ini ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat maya sekalian Aplikasi Waktu Solat yang bisa menjadi rujukan serta mengingatkan kita ketika telah maksuk waktu solat. Aplikasi ini boleh didownload dan diinstall terus ke laptop atau PC anda.

Sila klik link ini untuk download

http://rapidshare.com/files/152717706/setup_waktu_solat_13.exe.html

Setelah selesai menginstall aplikasi tersebut, untuk menukar kawasan sila klik C.Setting pada simbol Aplikasi waktu solat anda seperti rajah dibawah

kemudian klik New Location

kemudian klik Setting untuk membuat pilihan kawasan.

Kemudian pilih Lokasi anda, contoh Ranau

Kemudian klik Modify sebanyak 2 kali dan rajah seperti di bawah akan muncul.

Selepas itu anda cuma perlu klik OK sahaja dan Aplikasi Waktu Solat ini akan berfungsi sepenuhnya apabila tiba sahaja waktu solat .

Sebarang pertanyaan, jangan segan-segan ya. Boleh terus merujuk kepada saya.

Sekiranya saudara sekalian berasa aplikasi ini memudahkan umat Islam yang lain, tanpa perlu memohon keizinan , sila sebarkan seluas-luasnya. Moga bermanafaat ^_^

Hak cipta hanya milik Allah S.W.T

08 Oktober 2008

Perginya Seorang Srikandi

6 Oktober 2008 4.45am

‘tolong sambut zul. Penting ni’. 1 sms masuk ke handphoneku.

Handphone bergetar lalu ‘ Assalamualaikum zul..isk..isk’ suara tangis kedengaran.

‘ Ai.. Aisyah da meninggal zul isk..isk..isk.. kita ke hospital sekarang ya’

‘ inalillahhi wainailaihirajiun. Ya. Besiap jap ya’ jawabku ringkas.

Aku kejutkan rumateku, abg nadir yang sedang demam dan memaklumkan maklumat yang baru ku perolehi.

Aku bergegas membangunkan dan menelefon beberapa orang sahabat yang terlintas di fikiran. Setelah usai solat subuh kami terus meluncur ke Hospital Queen Elizaberth.

Antara semalam dan hari ini

Kami sampai sekitar 5.30 pagi. Almarhumah masih ditempatkan di wad perempuan. sampai sahaja di tepi katil, empat mataku menatap sejukur tubuh kaku berbalut kain putih. mataku menahan genangan air mata. Hatiku gerimis.

Hanya Allah yang tahu bagaimana sedih dan pedihnya hati kerana tidak menjangkakan pertemuan semalam adalah yang terakhir buat kami. Sebagai rombongan yang terakhir tiba untuk menziarahi Aisyah pada malam 5 syawal kerana lewat mendapat maklumat dan juga antara yang terawal mengetahui pemergiannya, aku dan teman-teman amat-amat terasa dengan pemergiannya. Bukan kerana tidak biasa menghadapi berita kematian orang yang dikenali.

Bahkan kalau biasa sekalipun ia tetap mengundang gurindam di hati. Tetapi mengenangkan pertemuan semalam cukup untuk menghadirkan sedih di jiwa. Keadaan fizikal Almarumah sangat meyayat hati.

Pemergianny benar-benar dirasakan satu kehilangan yang amat besar bagi kami semua. Almarhumah merupakan seorang muslimah yang pada pandangan saya seorang yang pemalu tetapi murah dengan senyuman, selayaknya sebagai seorang muslimah sejati.

Beliau sangat aktif bergerak kerja dalam setiap program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Surau Kolej kediaman E UMS (UPS) dan Ikatan Sahabat Eksah UMS (ISEUMS). Penglibatannya, kesungguhan, komitmen dan keikhlasannya bergerak kerja disegani oleh kami semua yang sudah dirasakan seperti adik-beradik sendiri dalam sebuah keluarga.

Kasihnya seorang ayah

‘Paci.. tepala. Biar dorang ni ja yang jaga. Saya bawa paci balik UMS ya. Esok pagi kita datang lagi’ pujukku kepada pakcik Bakri yang sudah hampir 12 jam setia menemani anak kesayangannya.

‘bole juga sebab lelaki nda kena benar jaga di wad perempuan ni’ jawab pakcik bakri lesu. ‘tapi aku nda senang ati mo tinggalkan dia (Aisyah) di sini. Aku tunggu di luar ja la ya’ sambungnya lagi.

Aku hanya mengangguk.

Betapa kasihnya seorang bapa yang sehelai sepinggang, menempuh perjalanan sejauh beratus-ratus kilometer sebaik sahaja mendengar perkhabaran kemalangan yang menimpa Aisyah. Menurut pakcik Bakri, beliau bersama saudara terdekat yang lain bergerak daripada Tawau pada jam 12 malam dan sampai pada jam 10 pagi 05 Oktober 2008. Ibu Aisyah tidak dapat turut sama kerana mengalami masalah kesihatan.

Beliaulah yang sentiasa berada disisi Aisyah daripada saat itu hinggalah pada waktu kami hendak melangkah keluar daripada wad sekitar jam 10 malam. Itulah cinta tanpa syarat. Cinta seorang ayah yang tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata tetapi deterjemahkan dalam perlakuannya.. cinta yang terbit daripada rasa kasih dan tanggungjawab mendidik anak, sebagai amanah daripada Allah.

Pada waktu jenazah Aisyah telah dibalut dengan kain putih, ku melihat wajah lesu pacik Bakri. Walaupun tangisnya tidak kudengari namun jauh disudut hatinya hanya Allah yang tahu.

Buat yang masih bernyawa…

TakdirNYA, almarhumah siti Aisyah telah pergi meninggalkan kita.

Dari Abu 'Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anh, dia berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rezeki, ajal, Amal dan Celaka/bahagianya..’. [Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643]

Perginya bukan sementara tetapi perginya tidak akan kembali lagi.

Buat adik-beradikku dan sahabat-sahabat sekalian, cukuplah mati itu sebagai peringatan. Carilah bekalan sebanyak mungkin selagi punya sisa masa kerana kematian itu akan datang bertandang tanpa mengira waktu dan ketika.

Yang pergi tetap akan pergi. Namun yang lebih penting adalah tanggungjawab yang masih hidup kepada apa yang belum terlaksana serta peringatan bahawa akan sampai satu masa nama kita pula yang akan menyusul. Dilahirkan kita dengan laungan azan dan mati kita disolatkan denga laungan iqamah. Singkatnya waktu antara azan dan iqomah. Adakah kita masih punya waktu untuk hilai, gelak, tawa dan berebut-rebut dengan kelazatan dunia? Tepuk dada Tanya iman..

Almarhumah Aisyah, kak Nani ngan Erna


Alfatihah buat Almarhumah Siti Aisyah binti Bakri. Moga aman dan tenteram di alam Sana..

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."(Ali-Imran, 3:185)

Almarhumah telah pergi menghadapNYA 5 minit sebelum masuk waktu subuh 06 syawal 1049h besamaan 05 oktober 2008.

22 Disember 2007

Sembelihan cara ISLAM kejam ka?



Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha. Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging. Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu. Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.J antung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat. Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. “Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.“Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

~Promosi Terhebat~