Komuniti Followers

30 Oktober 2008

KABINET MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PMUMS SESI 2008/2009


Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah S.W.T atas segala nikmat dan perencanaannya maka barisan MPP baru sesi 2008/2009 telah selesai bersidang buat kali yang pertama. Berikut adalah butir-butir mesyuarat tersebut:

TEMPAT : BILIK MESYUARAT MPP ANJUNG SISWA

TERIKH : 29 OKTOBER 2008 / 29 RAMADHAN 1429H

MASA : 8 MALAM

AGENDA :

1. Amanat Presiden MPP

2.Pembentangan VMO dan pembentangan Exco

3.Pemberitahuan tentang pantauan MT kepada setiap exco

4.Perbincangan cuti MPP

5.Hal-hal lain

Alhamdulillah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kak Hafiza Syafika selaku Setiausaha Agung MPP 08/09 berjalan dengan lancar. Berikut adalah kabinet MPP secara rasmi yang telah dipersetujui oleh semua Exco dan MT tanpa ada campur tangan daripada PIHAK LUAR.

Majlis Tertinggi

Presiden
Azrul bin Ibrahim (SPPS)
(014-6517287)

Timb. Presiden
Mohd Fazlurrahman b. Mohamad Yusof (SPE)
(012-2689781)

Setiausaha Agung
Hafiza Syafika bt Mohd Fekeri (SPE)
(013-9028332)

Setiausaha Kehormat
Tang Guan Loon (SPKAL)
(017-5076062/016-8264062)

Bendahari Kehormat
Masturah bt Mohamad Nadzari (SST)
(014-8737595)

Naib Presiden KAL
Mohd Abdillah b. Mat Lin (SPKAL)
(019-8701079)

Naib Presiden Akademik dan Diplomatik
Azhar b. Harun (SSS)
(012-8664932)

Naib Presiden Perancangan dan Kemahasiswaan
Stephanie Yap Su Chen (SPPS)
(016-6628915)

Naib Presiden HELWA
Nurul Aishyah bt Mohamad (SPTA)
(017-8085886)

Majlis Eksekutif

Exco Kerohanian dan Sahsiah
Nursyabri bin Mat Nor (SST) (017-9659789)

Exco Sukan dan Rekreasi
Mohamad Redwan b. Roujip (SPiKS) (016-5833901)

Exco Akademik dan Kerjaya
Ismayani bt Ismail (SPPS) (019-8704022)
Tan Beng Hin (SKTM) (013-5411388)
Wong Seng Qui (SSIL) (017-7028174)

Exco Penerbitan dan Informasi
Muhammad Adam B. Quizon @ Quezon (SPTA) (014-8728654)
Aizuddin b. Ain (SPKAL) (012-8715226)

Exco Kepimpinan dan Latihan
Azizul b. Julirin (SST) (019-8106351)
Mohd Hasra b. Ibrahim (SSS) (019-9739362)

Exco Projek dan Protokol
Muhamma Nor b. Madiah (SPE) (013-5413675)
Yap Kah Jin (SST) (016-4899329)

Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar
Muhd Hazimin b. Awang (SSS) (017-9681096)
Ooi Christopher (SSMP) (019-5340580)
Loo Leong Leng (SPKAL) (016-5987738)

Exco Kebajikan, Kesihatan & Kemasyarakatan
Derrick Tanggapan (SPE) (016-5609149)
Nurul Atiqah bt May Nasukhat (SPU) (013-5497679)
Qatrun Nada bt Mohd Latfi (SPKAL) (014-5727872)

Exco Sains & Alam Sekitar
Nurhidayah bt Muksin (SPPS) (014-8658393)
Tan Chaa Yeh (SKTM) (017-7003889 / 013-8535339)

Exco Kebudayaan & Kesenian
Ayu Ruhizah bt Rosly (SPS) (019-8011699 / 016-8416488)
Thipan a/l Shanmugam (SKTM) (013-8536370 / 014-9523304)

Exco Perpaduan Nasional
Khairunisa bt Klem (SST) (016-5858921)
Chan Xiang Loong (SST) (017-5362688)

Exco Keusahawanan & Kepenggunaan
Muhammad Baihaqi b. Hj Bakri (SPL) (013-8537568)
Lee Hui Jing (SPE) (017-4242368)

Mesyuarat telah tamat sekitar jam 11 malam. Saya dan Abg.Hasra yang telah ditaklifkan untuk memegang potfolio Exco Latihan dan Kepimpinan, balik ke kolej pada malam itu dengan assaignment baru, bincang dan buat kertas kerja kursus kepimpinan untuk MPP 08/09 pada waktu cuti nanti. Langkah awal untuk mengisi kemenangan dengan amanah dan tanggungjawab. Moga segalanya dipermudahkan Allah.


“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat” (An-Nisaa’ : 58)


“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” - Hadith riwayat al-Bukhari

Barisan MPP 08/09 harus meyakinkan semua bahawa mereka akan mengembalikan amanah kepada ahlinya!


25 Oktober 2008

Terapi Solat





KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian s
etiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhada
p setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu
berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sumber: Berita Harian 20.10.2008
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UMS (kampus induk) SESI 08/0

Berikut adalah keputusan bagi Pilihanraya Kampus induk UMS yang telah diumumkan pada 24 Oktober 2008 di Dewan Canselor UMS


Kerusi Umum (7 orang sahaja)

1) Masturah binti Mohd. Nadzari – 4902 (menang)

2) Azrul bin Ibrahim – 4788 (menang)

3) Hafiza Syafika binti Mohd. Fekeri – 4362 (menang)

4) Stephanie Yap Su Zhen – 4333 (menang)

5) M. Fazlurrahman bin M. Yusof – 4185 (menang)

6) Nurul Aishyah binti Mohamad – 4184 (menang)

7) Azhar bin Harun – 3771 (menang)

8) Badri bin Haji Bayani – 3622

9) Azlan Shah bin Abdul Shah – 3435

10) Tan Choon Fei – 3341

11) Mohd. Saifful bin Abdul Manap – 3208

Kerusi Sekolah Sains & Teknologi (5 orang sahaja)

1) Azizul bin Julirin – 1011 (menang)

2) Khairunisa binti Klem – 970 (menang)

3) Chan Xiang Loong – 967 (menang)

4) Yap Kah Jin – 920 (menang)

5) Nursyabri bin Mat Nor – 830 (menang)

6) Claoston Anak Nardon – 637

Kerusi Sekolah Kejuruteraan & Teknologi Maklumat (3 orang sahaja)

1) Tan Beng Hin – 764 (menang)

2) Tan Chaa Yehh – 671 (menang)

3) Thipan a/l Shanmugam – 615 (menang)

4) Mohd. Shairil bin Affandi – 592

Kerusi Sekolah Perniagaan & Ekonomi (3 orang sahaja)

1) Muhamma Nor bin Madiah – 890 (menang)

2) Derrick a/l Tanggapan – 739 (menang)

3) Lee Hui Jing – 619 (menang)

4) Widiawati binti Hussen – 550

5) Norafiza binti A. Kadir – 493

Kerusi Sekolah Pendidikan & Pengajian Sosial (menang tanpa bertanding)

1) Nurhidayah Muksin

2) Ismayani binti Ismail

Kerusi Sekolah Sains Sosial (menang tanpa bertanding)

1) Mohd. Hasra

2) Hazamin

Kerusi Sekolah Psikologi & Kerja Sosial (1 orang sahaja)

1) Mohamad Redwan bin Roujip – 308 (pemenang)

2) Li Yuan Yuan @ Aisyah – 225

Kerusi Sekolah Pengajian Seni (1 orang sahaja)

1) Ayu Ruhizah binti Rosly – 138 (menang)

2) Sharifah Sarina binti Habin Ahmad – 85

Kerusi Sekolah Perhutanan & Tropika Antarabangsa (1 orang sahaja)

1) Muhammad Adam bin Quizon @ Quezon – 202 (menang)

2) Karen Chia Huey Min – 158

Kerusi Sekolah Sains Makanan & Pemakanan (1 orang sahaja)

1) Ooi Christopher – 302 (menang)

2) Farah Nabila binti Azman - 182

Kerusi Sekolah Perubatan (menang tanpa bertanding)

1) Nurul Atiqah binti Mat Nahsukat

Kerusi Sekolah Pertanian Lestari (menang tanpa bertanding)

1) Mohd. Baihaqi bin Haji Bakri


Keputusan rasmi akan dikeluarkan selewat-lewatnya hari Rabu, 29 Oktober 2008.

13 Oktober 2008

Aplikasi Al-Quran Digital


Salam tautan ukhuwah.. Salam segala salam :)

Pada kali ini laman sesawang tanaksada.blogspot ingin berkongsi satu lagi aplikasi wajib yang seharusnya dimiliki oleh setiap empunya laptop atau PC, khususnya yang bergelar seorang Muslim. Bagi non Muslim, anda juga amat-amat digalakkan untuk memilikinya. Klik link dibawah untuk download aplikasi AL-Quran Digital

http://rapidshare.com/files/152722023/AlQuranDigital21.exe.html

Bagi aplikasi Al-Quran Digital ini, rasanya tidak perlu untuk saya sertakan dengan panduan penggunaan kerana ianya amat mudah untuk digunakan. Lebih mudah daripada bermain DotA, Cs dan yang sewaktu dengannya.

Moga bermanafaat ^_^

Hak cipta hanya milik Allah S.W.T

~Promosi Terhebat~