Komuniti Followers

08 Oktober 2008

Perginya Seorang Srikandi

6 Oktober 2008 4.45am

‘tolong sambut zul. Penting ni’. 1 sms masuk ke handphoneku.

Handphone bergetar lalu ‘ Assalamualaikum zul..isk..isk’ suara tangis kedengaran.

‘ Ai.. Aisyah da meninggal zul isk..isk..isk.. kita ke hospital sekarang ya’

‘ inalillahhi wainailaihirajiun. Ya. Besiap jap ya’ jawabku ringkas.

Aku kejutkan rumateku, abg nadir yang sedang demam dan memaklumkan maklumat yang baru ku perolehi.

Aku bergegas membangunkan dan menelefon beberapa orang sahabat yang terlintas di fikiran. Setelah usai solat subuh kami terus meluncur ke Hospital Queen Elizaberth.

Antara semalam dan hari ini

Kami sampai sekitar 5.30 pagi. Almarhumah masih ditempatkan di wad perempuan. sampai sahaja di tepi katil, empat mataku menatap sejukur tubuh kaku berbalut kain putih. mataku menahan genangan air mata. Hatiku gerimis.

Hanya Allah yang tahu bagaimana sedih dan pedihnya hati kerana tidak menjangkakan pertemuan semalam adalah yang terakhir buat kami. Sebagai rombongan yang terakhir tiba untuk menziarahi Aisyah pada malam 5 syawal kerana lewat mendapat maklumat dan juga antara yang terawal mengetahui pemergiannya, aku dan teman-teman amat-amat terasa dengan pemergiannya. Bukan kerana tidak biasa menghadapi berita kematian orang yang dikenali.

Bahkan kalau biasa sekalipun ia tetap mengundang gurindam di hati. Tetapi mengenangkan pertemuan semalam cukup untuk menghadirkan sedih di jiwa. Keadaan fizikal Almarumah sangat meyayat hati.

Pemergianny benar-benar dirasakan satu kehilangan yang amat besar bagi kami semua. Almarhumah merupakan seorang muslimah yang pada pandangan saya seorang yang pemalu tetapi murah dengan senyuman, selayaknya sebagai seorang muslimah sejati.

Beliau sangat aktif bergerak kerja dalam setiap program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Surau Kolej kediaman E UMS (UPS) dan Ikatan Sahabat Eksah UMS (ISEUMS). Penglibatannya, kesungguhan, komitmen dan keikhlasannya bergerak kerja disegani oleh kami semua yang sudah dirasakan seperti adik-beradik sendiri dalam sebuah keluarga.

Kasihnya seorang ayah

‘Paci.. tepala. Biar dorang ni ja yang jaga. Saya bawa paci balik UMS ya. Esok pagi kita datang lagi’ pujukku kepada pakcik Bakri yang sudah hampir 12 jam setia menemani anak kesayangannya.

‘bole juga sebab lelaki nda kena benar jaga di wad perempuan ni’ jawab pakcik bakri lesu. ‘tapi aku nda senang ati mo tinggalkan dia (Aisyah) di sini. Aku tunggu di luar ja la ya’ sambungnya lagi.

Aku hanya mengangguk.

Betapa kasihnya seorang bapa yang sehelai sepinggang, menempuh perjalanan sejauh beratus-ratus kilometer sebaik sahaja mendengar perkhabaran kemalangan yang menimpa Aisyah. Menurut pakcik Bakri, beliau bersama saudara terdekat yang lain bergerak daripada Tawau pada jam 12 malam dan sampai pada jam 10 pagi 05 Oktober 2008. Ibu Aisyah tidak dapat turut sama kerana mengalami masalah kesihatan.

Beliaulah yang sentiasa berada disisi Aisyah daripada saat itu hinggalah pada waktu kami hendak melangkah keluar daripada wad sekitar jam 10 malam. Itulah cinta tanpa syarat. Cinta seorang ayah yang tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata tetapi deterjemahkan dalam perlakuannya.. cinta yang terbit daripada rasa kasih dan tanggungjawab mendidik anak, sebagai amanah daripada Allah.

Pada waktu jenazah Aisyah telah dibalut dengan kain putih, ku melihat wajah lesu pacik Bakri. Walaupun tangisnya tidak kudengari namun jauh disudut hatinya hanya Allah yang tahu.

Buat yang masih bernyawa…

TakdirNYA, almarhumah siti Aisyah telah pergi meninggalkan kita.

Dari Abu 'Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anh, dia berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rezeki, ajal, Amal dan Celaka/bahagianya..’. [Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643]

Perginya bukan sementara tetapi perginya tidak akan kembali lagi.

Buat adik-beradikku dan sahabat-sahabat sekalian, cukuplah mati itu sebagai peringatan. Carilah bekalan sebanyak mungkin selagi punya sisa masa kerana kematian itu akan datang bertandang tanpa mengira waktu dan ketika.

Yang pergi tetap akan pergi. Namun yang lebih penting adalah tanggungjawab yang masih hidup kepada apa yang belum terlaksana serta peringatan bahawa akan sampai satu masa nama kita pula yang akan menyusul. Dilahirkan kita dengan laungan azan dan mati kita disolatkan denga laungan iqamah. Singkatnya waktu antara azan dan iqomah. Adakah kita masih punya waktu untuk hilai, gelak, tawa dan berebut-rebut dengan kelazatan dunia? Tepuk dada Tanya iman..

Almarhumah Aisyah, kak Nani ngan Erna


Alfatihah buat Almarhumah Siti Aisyah binti Bakri. Moga aman dan tenteram di alam Sana..

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."(Ali-Imran, 3:185)

Almarhumah telah pergi menghadapNYA 5 minit sebelum masuk waktu subuh 06 syawal 1049h besamaan 05 oktober 2008.

Tiada ulasan:

~Promosi Terhebat~