Komuniti Followers

26 April 2009

Jom Balik Kampung

Check Spelling

Jom Balik Kampung ngan bas UMS!


MPP sesi 2008/2009 di bawah Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar dengan kerjasama Janatan Hal Ehwal Pelajar akan meyediakan perkhidmatan bas ke lapangan dan ke beberapa destinasi seperti berikut:

1. Penghantaran pelajar ke lapangan terbang dan sewaktu dengannya = 9 - 11 Mei 2009
2. Penghantaran Pelajar ke Tawau, Sandakan, Kunak, Lahad Datu = 9 - 10 Mei 2009

sebarang pertanyaan bolehleh menghubungi EXCO Perumahan Dan Perkhidmatan Pelajar Saudara Hazimin 0135578041 dan Saudara Christoper 0195340580

Selamat Balik Kampung

08 April 2009

Keputusan Pilihan Raya Kecil: 2-1

Keputusan Pilihan Raya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selembau dan DUN Batang Ai telah pun diumumkan. Keputusannya adalah Pakatan Rakyat 2 berbalas 1 dengan Barisan Nasional.

Dalam ketiga-tiga calon yang menang, saya lebih suka untuk mengajak para pembaca sekalian kepada sosok tubuh yang memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk seri Ir. Nizar bin Haji Jamluddin

Umum mengetahui, beliau adalah bekas Menteri Besar perak yang telah dipilih oleh rakyat tetapi telah dijatuhkan ( baca dirampas) oleh sang penguasa yang zalim melalui pintu belakang pada 5 Febuari 2009.

Ramai yamg menghukum ‘sembah derhaka’ beliau kepada DYMM sultan Perak sebagai satu kesalahan yang maha dahsyat. Seolah-olah tiada pengampunan baginya di dunia. Tetapi sebelum itu, kita renungkan dahulu pesanan Baginda rasulullah kepada Saidina Uthman seperti berikut..

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama. Itu Sunnah Kepimpinan namanya.

Betapa beliau dimalukan dan diburuk-burukkan dengan seburuk-buruk penghinaan, namun kerakusan manusia kepada kuasa, pangkat dan takhta tidak akan sama sekali dapat melawan perancangan dan ketentuan Allah S.W.T.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

[Aal 'Imraan 3: 26]

الحمدالله, الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Mungkin sahaja selepas ini ramai yang beranggapan saya adalah pro kepada Pakatan Rakyat dan Anti Kerajaan. Terserah. Tetapi saya memang anti kepada penguasa yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan sedangkan mereka itu sedar dan mampu melihat kebenaran. Buta mata hati barangkali. KALAU 'KAMU' MEMPERJUANGKAN ISLAM, KENAPA MESTI TERSINGGUNG DENGAN ENTRI INI KAN?

Baca juga: Hukum Jatuh Bangun Kuasa Manusia

Tokei Ikan BertaQwa

88999UMS KK


~Promosi Terhebat~