Komuniti Followers

08 April 2009

Keputusan Pilihan Raya Kecil: 2-1

Keputusan Pilihan Raya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selembau dan DUN Batang Ai telah pun diumumkan. Keputusannya adalah Pakatan Rakyat 2 berbalas 1 dengan Barisan Nasional.

Dalam ketiga-tiga calon yang menang, saya lebih suka untuk mengajak para pembaca sekalian kepada sosok tubuh yang memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk seri Ir. Nizar bin Haji Jamluddin

Umum mengetahui, beliau adalah bekas Menteri Besar perak yang telah dipilih oleh rakyat tetapi telah dijatuhkan ( baca dirampas) oleh sang penguasa yang zalim melalui pintu belakang pada 5 Febuari 2009.

Ramai yamg menghukum ‘sembah derhaka’ beliau kepada DYMM sultan Perak sebagai satu kesalahan yang maha dahsyat. Seolah-olah tiada pengampunan baginya di dunia. Tetapi sebelum itu, kita renungkan dahulu pesanan Baginda rasulullah kepada Saidina Uthman seperti berikut..

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama. Itu Sunnah Kepimpinan namanya.

Betapa beliau dimalukan dan diburuk-burukkan dengan seburuk-buruk penghinaan, namun kerakusan manusia kepada kuasa, pangkat dan takhta tidak akan sama sekali dapat melawan perancangan dan ketentuan Allah S.W.T.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

[Aal 'Imraan 3: 26]

الحمدالله, الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Mungkin sahaja selepas ini ramai yang beranggapan saya adalah pro kepada Pakatan Rakyat dan Anti Kerajaan. Terserah. Tetapi saya memang anti kepada penguasa yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan sedangkan mereka itu sedar dan mampu melihat kebenaran. Buta mata hati barangkali. KALAU 'KAMU' MEMPERJUANGKAN ISLAM, KENAPA MESTI TERSINGGUNG DENGAN ENTRI INI KAN?

Baca juga: Hukum Jatuh Bangun Kuasa Manusia

Tokei Ikan BertaQwa

88999UMS KK


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam all,
Makin deras pena memanah, makin tajam lidah menghujah..yippeee!!

Sea anemone (baca:umang-umang) in d making ;)!

Mohd Zulhusmi Salikin berkata...

Salam.

Kebenaran ialah kurniaan Allah swt. Tidak perlu ditonjolkan secara desakkan mahupun apa jua tindakan. Sebaliknya KEBENARAN pasti akan datang jua tanpa diduga.. tanpa dipersetujui orang lain..

Kepalsuan pula kebenaran yang sementara. Boleh ditonjolkan dengan bermacam cara mahu pun kaedah. Walau bagaimanapun, dapat dipatahkan kebenaran.

Berdasarkan apa yang ditontonkan menerusi papar ini. Jelas memperlihatkan kita gambaran perselisihan antara yang benar dan palsu. Sebagimna juga yang diperjelaskan pada ayat yang diterangkan. Inilah bukti kukuh yang patut dijadikan iktibar semua.

Pilihan kita adalah kebenaran!

Mohd Zulhusmi Salikin berkata...

Salam

HAK vs BATHIL = HAK
BATHIL vs HAK = HAK

Tiada pengecualian bagi HAK tewas kepada BATHIL.

Perkara ne dah KETENTUAN TUHAN, Yang Maha Esa

Ukhti Masnah berkata...

Subhanallah, ini semua terjadi bila berjuang tanpa manhaj, matlamat tidak betul..bagaimana Allah nak redha..

megatfaizul berkata...

Assalamualaikum...

Dijemput layari http://megatfaizul.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam...Saya tidak tahulah ingin mengatakan apa...Tp sekurang-kurangnya kerajaan yang saudara katakan zalim inilah yang membantu saudara untuk masuk ke universiti...Lagipun benarkah mereka tidak memperjuangkan Islam...bagaimana pula dengan saudara di matrikulasi labuan dahulu?? adakah saudara berprasangka baik kepada semua orang, adakah saudara menyampaikan dakwah..atau hanya bersama dengan kelompok saudara...kata ingin memperjuangkan Islam..tp rsnya diri saudara perlu juga diperbetulkan...Tidak guna hanya pandai berkata-kata tapi tiada tindakan...Action speak louder than word...

nurilhakim berkata...

Salam ziarah..
Adeh..jenis yg bgantung pd krajaan nih..krjn pla bg msuk U..
em..musuh lama dlu2..sabo jela. Barangkali hebat perjuangan saudara ini. Mudah2an kita sume jmpa di syurga

~Promosi Terhebat~