Komuniti Followers

21 Mac 2012

PSS komited membangunkan Remaja di Sabah

Kenangan bersama perwakilan PSS & KRU yang hadir

Kota Kinabalu, 18 MAC 2012 – Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah selesai menjalankan Mesyuarat Agung Tahunannya sesi 2012 kelmarin. Mesyuarat Agung yang diadakan di dewan Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) tersebut telah dihadiri oleh seramai 70 orang perwakilan PSS serta pemerhati dari seluruh daerah yang merangkumi daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Beaufort, dan Sipitang. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penasihat PSS iaitu Dr. Ali Akbar.

Dalam ucapan dasar Presiden, En. Mohd Fairuz Bin Bend, beliau telah menggariskan 3 gagasan utama yang akan diperkasakan oleh PSS menjelang sambutan sedekadnya pada tahun 2014 nanti. 3 gagasan utama tersebut ialah, Gagasan Pendidikan yang merangkumi 3 elemen iaitu pendidikan peringkat sekolah menengah, pendidikan mahasiswa di IPT, dan pendidikan tambahan sebagai siswazah keluaran IPT. Manakala gagasan yang kedua adalah pemerkasaan program-program kemasyarakatan serta hubungan dengan badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) di negeri Sabah.

Melalui mesyuarat agung itu juga, kepimpinan baru telah dipilih melalui mesyuarat dan diumumkan kepada seluruh perwakilan dan pemerhati yang hadir. Barisan kepimpinan PSS yang baharu bagi sesi 2012 ialah, Sdr. Engr. Mohamad Zul Hilmey Makmud selaku Presiden, Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin selaku Timb. Presiden 1, Sdri. Rohana – Timb. Presiden 2, Sdr. Azizul Julirin – Setiausaha Agung, Sdr. Fanshuri Badaruddin – Bendahari Kehormat, serta barisan Exco yang dilantik yang terdiri dari Sdr. Fazrin Musin, Sdri. Hasnidar, Sdr. Hasmadi Hasbi, Sdr. Lamin Siamir, Sdr. Zaiem Hilmi, dan Sdri. Azlinah Awang.



Duduk Dari Kiri : Fazrin, Zaiem, Azizul, Zul Hilmey, Fauzi, Fanshuri , Hasmadi
Berdiri Dari Kiri : Azlinah : Rohana

Mesyuarat ditangguhkan dengan kelulusan usul pemantapan sistem pendidikan tambahan kepada pelajar sekolah menengah melalui program PSS dan kelab remaja dibawahnya iaitu Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) untuk membantu kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan bagi membangunkan sakhsiyyah dan akademik pelajar. Ia sejajar dengan program-program remaja seperti Kem Remaja Islam (KRIS), Kem Remaja Cemerlang (KRC), Islamic Summer Camp (ISC) yang telah pun dijalankan oleh PSS sejak tahun 2008 hingga kini. – MediaPSS

Tiada ulasan:

~Promosi Terhebat~