Komuniti Followers

21 Ogos 2009

Ada Apa dengan Anak Bulan?


Semalam, tarikh bermulanya ramadhan telah disampaikan dengan perkenan Duli Yang Amat Mulia Majlis Raja-raja Malaysia, disiarkan di segenap kaca TV dan bergema di setiap corong radio di seluruh negara.


Maka, suka la kiranya saya untuk berkongsi serba sedikit mengenai cara penentuan tarikh bermulanya Ramadhan.


Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut mawaqit.


Asas penentuan awal bulan hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah didasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari. Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadat puasa dan hari raya puasa.


Al-Quran dan Sunnah memberi panduan kepada kita untuk membuat penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Para ulama’ telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar.


Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:


a) Rukyah (melihat anak bulan)

b) Hisab falak (pengiraan)

c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)



Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah.


Kriteria Imkanur-rukyah


Kaedah rukyah adalah melihat hilal ketika matahari terbenam pada 29 haribulan Hijriah dengan mata kasar atau dengan bantuan alat-alat seperti teleskop dan teodolit. Kaedah ini dipakai untuk tujuan penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah di negara kita sebelum penggunaan kaedah rukyah dan hisab.


Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) ialah

penentuan masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam berada

dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.



Jawatankuasa Kajisemula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data rukyah hilal yang dilakukan oleh dua negara

anggota MABIMS iaitu Malaysia dan Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu kriteria

imkanur-rukyah baru kepada MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk diterimapakai

oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29

Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.


Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari

terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:


a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2°

dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.



b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak

berlaku).



Mulai 1995 pemakaian kriteria ini telah diperluaskan bagi menentukan kesemua bulan-bulan hijriah.


Rujukan:

1. ASAS PENENTUAN AWAL RAMADHAN DAN SYAWAL DAR

I SUDUT SYARAK

2. Jabatan kemajuan Islam Malaysia


P/S: artikel ini saya mau post semalam tapi modem telah di'kerja'kan oleh budak comel ini.



Selamat menjalani ibadah Puasa ^_^



Tokei Ikan BertaQwa

89308 Kundasang Ranau








1 ulasan:

Sufy berkata...

salam Ramadhan almubarak...tingkatk amalan di bulan mulia ni..semgoa segalanya diterima..amin~

~Promosi Terhebat~