Alhamdulillah.. nyawa masih lagi di’subsidi’ oleh Allah sampai kepada ramadhan 1430H ini. Bagi saya sendiri, hari-hari yang berlalu dalam bulan ramadhan tidak seperti melalui hari-hari pada bulan-bulan yang lain. Berbeza sekali bahkan sangat jauh berbeza.
Sharpen the saw
Ramadhan adalah bulan menajamkan gergaji. Gergaji yang digunakan untuk 11 bulan sebelumnya perlu di reserved 1 bulan yang khusus untuk tujuan reengineering dan penstrukturan kembali mata-mata gergaji yang mungkin sudah tumpul dek digunakan tanpa henti dalam tempoh masa yang agak panjang.
Mata-mata gergaji tersebut tentu sahaja ilmu agama, bacaan dan pemahaman kita terhadap intipati Al-Quran, sikap, habit, kemahiran serta tidak dilupa ilmu-ilmu dalam bidang yang lain.
Hari Pertama Puasa mereka
Ironinya, kita akan melihat banyak ragam masyarakat pada hari pertama puasa setiap tahun.
‘lambat pula jam ni kalo bulan ramadhan’ keluh seorang student sambil mukanya menatap jam meja pada jam 3 petang.
‘petang ni mesti beli makanan sedap-sedap di bazaar. Al maklumlah hari 1st ‘ ngomel si minah yang belum lagi melunaskan puasanya pada tahun lepas.
‘mau ayam goreng !!!” rayu si upin dan ipin pula.
Moga kita bukan mereka.
Puasa Saya di Kampus
Dua tahun lepas, iaitu pada Ramadhan tahun 2007, pada ketika itu saya masih berada di semester 1, tahun 1. Pada pagi harinya, puasa berjalan seperti biasa tetapi selepas bersungkai, saya dan rakan-rakan lain perlu menjalani latihan berenang di Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Likas bagi memenuhi keperluan subjek renang yang diwajibkan kepada semua pelajar HS27 Akuakultur dan HS40 Sains Merin. Subjek ini adalah subjek wajib yang perlu diambi untuk syarat graduasi dan membawa 3 jam kredit!
‘Imam already told me. There are no solat wajib after solat Maghrib!!’ Imam dirujuk kepada Imam Masjid UMS pada ketika itu.
‘ but sir…’ belum habis saya becakap, saya dipotong.
‘No. No. No excuse! I know you Azizul! “bentak pensyarah saya dengan muka merah, setelah saya bertanyakan kenapa buat latihan masa Ramadhan.
Akhirnya, saya akur. Setelah bersungkai dan solat maghrib, saya dan rakan-rakan mengenakan swimming suit dan terjun ke dalam kolam untuk sesi latihan.
Sesi latihan biasanya tamat sekitar jam 11 malam. Letih dan lapar menggamit perut. kami biasnya akan tidur dalam bas sepanjang perjalanan balik.
Sepanjang Ramadhan latihan diadakan sekitar 2 kali seminggu sehingga beberapa hari sebelum raya.
Saya (memakai google bersinglet hitam) ngan member-member dalam salah satu sesi latihan kami
Selepas raya, dengan bantuan saudara Nadir yang merupakan Exco Kerohanian dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008, melalui platform Ikatan Sahabat Eksah (ISEUMS), satu memorandum telah dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Akademik , Prof. Sanuddin Tahir agar subjek renang tidak ditawarkan bulan Ramadhan pada tahun-tahun akan datang. Alhamdulillah berhasil. Bagi sesi ambilan seterusnya, pelajar kos akuakultur dan sains merin akan mengambil subjek renang pada semester ke-2.
Itu cerita 2 tahun lalu..
Tahun 2009, hari pertama puasa saya pada kali ini dimulakan dengan midterm bagi subjek Shared Farm di bawah seliaan Profesor Sigeharu Senoo. Subjek ini memerlukan kami membuat beberapa kumpulan kecil dengan 6 orang per group. Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan pembenihan, penternakan benih ikan air tawar dan air masin sehinggalah kepada proses penjualan dan pemasaran. Lagi detail akan saya kongsikan pada posting yang lain.
Midterm dijalankan di bilik seminar hatchery, Institut Penyelidikan Merin Borneo, IPMB ( mesti ramai yang x tau hatchery tu apa kan). Alhamdulillah, 2 jam saya manfaatkan dengan sebaikanya untuk menjawab 3 soalan. Usai test, saya menyerahkan 6 helai kertas jawapan dengan klip kemas kepada Kak Ani selaku pengawas test pada pagi tersebut.
‘Abang, amacam test tadi?’ seorang junior, Zulfahati menegur ketika saya menuruni tangga untuk ke bawah. Pada hari tersebut pelajar tahun 2 perlu menjalani praktikal mingguan.
‘Alhamdulillah. Soalan-soalan praktikal ja tu hehe’ saya membalas.
Saya meninggalkan dia dengan senyuman dan menuju ke kelompok rakan-rakan lain untuk meneruskan agenda kami pada pagi tersebut.
Seeru ala barakatillah.
Tokei Ikan BertaQwa
88999 UMS Kota Kinabalu Sabah
1 ulasan:
salam.
oh, terima kasih kat abg nadhir, abg zizul pasal renang tu.huhu.
nak duit raye!!!
Catat Ulasan