Komuniti Followers

11 September 2009

Creative Sifu, Memang Kreatif!!


Beberapa minggu yang lalu saya telah mendapat 1 mesej di dalam shoutbox yang mana mesej tersebut mempromosikan modul-modul Islamic untuk tujuan kursus, usrah dan lain-lain. Modul-modul ini diniagakan dengan harga yang sangat berpatutan.

Saya tanpa berfikir panjang, melaburkan RM70 (harga modul pada ketika itu, kini lagi murah) untuk mendapatkan modul-modul tersebut.

Alhamdulillah modul-modul yang dijanjikan telah sampai dengan selamat ke tangan saya dan saya sangat berpuasa hati dengan kualiti kandungan serta filing modul-modul tersebut.

Sempena bulan Ramadhan Al-mubarak ini, Bro Yus telah memberikan ole-ole kepada semua pengemar permainan dan aktiviti yang berkonsepkan Islamic berupa 2 set modul yang setiap satunya mengandungi 48 dan 25 aktiviti permainan untuk memastikan Usrah anda bertambah gamit dengan suasana yang meriah dan ceria.

Mabruk kepada Bro Yus atas segala usaha dan kerja keras yang telah dilakukan. Moga Allah merahmati dan memberkati usaha murni Bro Yus.

Seeru ala barakatillah.

Tokei Ikan BertaQwa

88999 UMS Kota Kinabalu



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zul...
salah tulis...
memang la.. bukan memeng..
but...
x pa..
boleh d maafkan.. he3

Tanpa Nama berkata...

salam...maaf...maw tanya apa tajuk lagu blog enta nie??? syukran

Azizul bin Julirin berkata...

salam..lagu? sesedar ana, blog ni nda berlagu.. cuba perincikan di mana enta dgr lagu trsbt? =)

~Promosi Terhebat~