Pemimpin No.1 negara, Datuk Seri Najib Razak telah mengagaskan satu konsep baru, sebagai lumrahnya setiap Perdana Menteri Malaysia lain pada setiap awal perlantikannya. Menurut beliau, konsep 1 malaysia tidak sama dengan slogan “Malaysian Malaysia” yang dibawakan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.
Bagi Perdana Menteri, 1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.
“Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
“Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep 1 Malaysia.”
Demikian penjelasan pemimpin nombor satu negara dengan slogan “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” yang dikemukakannya pada ucapan sulung sempena hari pertama disahkan sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.
1 UMS
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sambutan pesta kemerdekaan peringkat UMS, yang bertemakan ‘1Malaysia. I UMS’ telah usai malam semalam. Walaupun saya tidak dapat menghadiri acara kemuncak penutupan semalam namun saya sempat menjenguk seketika sejam sebelum acara berlangsung.
Apa yang menarik saya untuk menulis berkenaan dengan pesta Kemerdekaan kali ini ialah, bukan pada meriah sambutannya tiap tahun, juga bukan kepada kehangatan malam kemuncak yang menjanjikan persembahan pelbagai etnik dan suku kaum daripada Sabah khususnya. Namun lebih daripada itu ialah, Pesta kemerdekaan kali ini membuka ruang berfikir dan muhasabah khususnya kepada mahasiswa UMS.
Antara pengisian yang diadakan sepanjang 3 hingga 14 Ogos 2009 ialah forum-forum yang membincangkan isu-isu semasa, pelbagai pertandingan seperti larian maraton, melukis poster, kuiz, pemeran, mengibarkan bendera dan banyak lagi.
Merujuk kepada ucapan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Shariff A.K Omang ketika Majlis Perasmian pembukaan pada 3 Ogos yang lalu, beliau mengingatkan kepada sekalian hadirin, bahawasanya untuk membentuk sebuah negera bangsa, 1 Malaysia perlu bermula dengan 1 individu, 1 Malaysian itu sendiri.
Bukan sekadar slogan!
Saya amat bersetuju dengan kenyataan beliau. Perkara yang sama juga telah saya ungkapkan ketika beberapa sesi ucapan saya semasa ditaklifkan sebagai ketua Pengarah Minggu Suai Mesra UMS sesi ini.
Ini kerana, untuk membentuk sebuah daulah atau negara yang cemerlang, gemilang dan terbilag, konsep 1 malaysia mustahil dapat dicapai sekiranya pemimpin hanya pandai mencanang slogan yang kosong dengan pengisian. Tetapi pemimpin itu sendiri serta sekalian rakyat jelata perlu sama-sama menjadi setiap individu yang SUPER dalam lapangan masing-masing. Ke’SUPER’an ini juga perlu dicapai dalam konteks tidak membelakangkan syariatik Allah SWT.
Setiap individu SUPER membentuk sebuah keluarga SUPER dan seterusnya kelompok masyarakat yang SUPER. Natijahnya akan membentuk satu daulah yang memiliki setiap individu di dalamnya SUPER-SUPER belaka.
Perihal ini juga disebutkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawy, antara karekteristik yang diperlukan untuk membina satu daulah Islamiyah, haruslah bermula dengan bersungguh membangun individu soleh, keluarga yang soleh dan masyarakat yang soleh bagi membentuk sebuah daulah yang soleh, yakni kecemerlangan yang dicapai meliputi kecemerlangan dunia dan seterusnya di alam’the life here after’.
Anyway, tahniah sekali lagi kepada semua mata-mata rantai yang menjayakan penganjuran pesta kemerdekaan pada kali ini, tepatnya kepada dua orang sahabat saya daripada Exco Perpaduan Nasional, saudari Khairunisa klem dan Saudara Tan Xiang Long.
Pada Allah jualah dipulangkan segalanya sebagai sebaik-baik hakim yang akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha murni kalian.
Seeru ala barakatillah
Tokei Ikan BetraQwa
88999 UMS KK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan