Komuniti Followers

19 Oktober 2010

Masuk sekolah baru

me on stage (10.10.10)

Alhamdulillah. Pada 10.10.10 yang lalu, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Majlis Konvokesyen bagi kali ke 12. Seramai 4615 graduan menerima ijazah masing-masing yang mana 11 daripadanya menerima doktor falsafah (PHD), 239 graduan ijazah sarjana, 4229 graduan ijazah sarjana muda dan 135 graduan menerima diploma.

Segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya, saya termasuk di dalam senarai 4229 graduan yang menerima ijazah sarjana muda tersebut.

Waduh! Sungguh masa berlalu begitu pantas sekali.

Sepertinya baru semalam saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Bermula dengan bersekolah rendah di SK. Pinosok Ranau (1994-1996), SK. Kundasang (1996-2000) dan kemudian bersekolah menengah di SMK Agama Inanam Kota Kinabalu (2001-2005).

Langkah seterusnya diatur . saya seterunya mengambil kursus intensif bahasa inggeris di Kinabalu College sementara menunggu kemasukan ke matrikulasi.

Mei 2006, Kolej Matrikulasi Labuan menjadi destinasi pilihan.

Julai 2007, saya sah menjadi seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.

Dan kini, saya telah menjadi siswazah dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam pegkhususan Akuakultur.

Moga segala ilmu dan pengalaman sepanjang berada di alam awal persekolahan sehinggalah ke university akan dapat dimanfaatkan kelak khususnya untuk ummah.

Amanah dan tanggungjawab yang bakal digalas kini bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Malah membuthkan kepada kesungguhan, istiqomah, pengorbanan serta keboleh upayaan untuk memilih keutamaan.

Pesanan buat diri ku,

Selamat tinggal retorik. Selamat datang sekolah kehidupan!

2 ulasan:

Nafsah Dulajis berkata...

Alhamdulillah. Tahniah~ tumpang gembira.

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting berkata...

Tahniah abg azizul...selamat menempuh sekolah baru iaitu sekolah kehidupan.. :) Semoga dirahmati Allah selalu dan semoga berjaya di dunia n akhirat... Hidup ini indah andai kerana Allah.... (^_^)

~Promosi Terhebat~