Komuniti Followers

26 Julai 2011

Saya dan PTPTN

Saya di antara ratusan ribu graduan yang belum menjelaskan walau se sen pun bayaran PTPTN sebelum entri ini ditulis. Mahu ditujukan seratus peratus kesalahan tersebut kepada graduan, bukanlah jawapan yang tepat kerana banyak faktor yang membuatkan pembayaran pinjaman tersebut agak payah iaitu selepas 6 bulan menamatkan pengajian.

Tempoh 6 bulan tersebut bukan bermula selepas konvo, tetapi bermula usai sahaja semester terakhir. Senang cerita, saya tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada bulan Mei 2011. Maka 6 bulan mula dikira dari bulan Jun berikutnya.
Menambah bebankan lagi pembayaran ini kepada mereka yang menjalani latihan industri selama hampir 3 bulan setelah tamat semester terakhir. Menjadikan masa 3 bulan berbaki selepas tamat latihan industri sebagai bulan kritikal mencari kerja, dan bukannya saat berbulan madu atau merdeka daripada bebanan akademik sebelumnya.

Alhamdulillah. Saya mendapat pekerjaan sejurus sahaja saya balik daripada Jepun penghujung Julai tahun lalu.


Dipendekkan cerita ( daripada mukadimmah yang panjang ini), baru hari ini saya tergerak untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini kerana teringat pesan Umi yang sering mengingatkan saya.


Bagaimana membayar pinjaman PTPTN secara online?

Ikuti langkah-langkah di bawah.
1. Login ke website rasmi PTPTN alamat PTPTN.Gov.My, cari butang “E-FES”. 2. Apabila anda klik sahaja E-FES, anda akan di bawa ke laman log in. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor PIN andar (Anda boleh dapatkan nombor Pin dari statement PTPTN yang di hantar kepada anda atau dapatkan dengan email kepada PTPTN sendiri)

3. Selepas login, masukkan jumlah bayaran yang anda ingin bayar, dan klik butang “bayar”. Tetingkap dengan alamat mepsfpx.com.my akan muncul.

4. Pilih bank pilihan untuk anda buat bayaran. Klik pada Maybank. Apabila anda klik “Proceed” anda di bawa ke Maybank2U.com Login.


5. Selepas login, klik pada “Request Tac Number”. Klik “continue” dan tunggu nombor TAC anda di hantar kepada hand phone anda.

6. Apabila Tac telah diterima masukkan nombor tersebut dan klik “confirm”. Ia akan menunjukkan anda punya transaksi FPX berjaya dan anda boleh cetak resit bayaran. Anda juga boleh cetak receipt bayaran Maybank2u.com sebagai bukti pembayan.

7. Ingat! Logout dari akaun Maybank2u anda. Selepas beberapa hari anda boleh periksa baki PTPTN anda.

P/s: Bayar sikit-sikit dulu. Asal ada. Lama lagi nampaknya mau menamatkan zaman bujang ni. Hutang keliling pinggang huhu

~Promosi Terhebat~