Komuniti Followers

18 Mei 2009

Jejak Kasih

Apa rasanya bertemu kembali dengan insan-insan yang sudah lama tidak bersua? Sukar untuk digambarkan perasaan gembira itu bukan?

‘Jijullll………!!!!’ sorang muslimat menjerit.

‘sepa la yang cari pasal nih’ monolog ku sendirian.

‘Y a Allah. Ko rupanya ni Atun!!’ saya pula yang semacam menjerit.

‘Lek-lek ba kamu. Jangan bising-bising.’ Sorang mamat menegur sambil menepuk bahu saya.

‘Ya Allah. Ko pula ni Wan!!’ jeritan yang hampir sama dengan Atun tadi.

Teman Seperjuangan

Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang lebih selayaknya dipanjatkan selain kepada-Nya.

Saya telah bertemu kembali dengan beberapa insan-insan yang pernah sama-sama berjuang menuntut ilmu sama ada di Sekolah Menengah Kebengsaan Agama Inanam dahulu mahupun semasa di Kolej Matrikulasi Labuan. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan.

Tokei Ikan BertaQwa, Bui Zafran dan Atun(masih ganas macam dulu)


safwan yang masih manis macam dulu

Kelibat Sharifah Yong dan Eldafira juga kelihatan tapi belum sempat lagi untuk bertegur sapa (sebab sibuk cari kawan@awek baru).

Walaupun punya kawan baru, kawan lama tetap ynag paling BEST!!

p/s: Nadiatun dan Bui daripada MPP UNIMAP, Safwan YDP UMK, Eldafira MPP UTM, Yong MPP UNIMAS. pengalaman sepanjang Konvensyen ini akan saya nukilkan kemudian.


16 Mei 2009

Langbuana di Johor

Penerbangan ke Johor Baharu, 9.55am

Catatan Hari pertama

Alhamdulillah saya dan 8 sahabat MPP yang lain telah tiba dengan selamatnya di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Parit Raja Batu Pahat Johor. Pergerakan kami ke UTHM adalah dalam tiga kelompok.

Kelompok pertama ialah team daripada Kuala Lumpur, Azhar dan Nada bergerak daripada LCCT seawal jam 7 pagi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dan seterusnya ke UTHM.

Di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail

Kelompok kedua, Team KK terdiri daripada saudara Presiden, saya, Bai Ensem dan Christoper. Kami bergerak pada jam 8 pagi ke Lapangan terbang Terminal 2. Penerbangan ke Johor Baharu dijadualkan pada janm 9.55 pagi. Suasana pagi itu diceriakan lagi dengan geng budak Debat yang diketuai oleh nakhodanya, Abg Jass Azelizan. Jam 12.30 kami selamat mendarat di lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai.

Kelompok ketiga, team MPP daripada Pahang, k.Ika, Abg. Hasra dan Thipan meluncur ke selatan melalui Lebuhraya Utara Selatan. Mereka tiba agak lewat sedikit namun masih sempat untuk bersama-sama dalam sesi pertama.

Usop Santorian

Masjid Jamek Parit Santo Ayer Hitam

Team KK disambut oleh dua MPP UTHM yang manis dan murah dengan senyuman. Sekadar membahasakan diri mereka sebagai Ifa dan Jiha, kami dibawa menaiki van universiti yang akan membawa kami ke UTHM. Abg Syukri selaku driver mengemudi pejalanan kami dengan tenang.

Kami sempat singgah solat Jumaat di salah saebuah Masjid yang berdekatan.

1.45 petang

Tengok kiri,sekejap kanan, sekejap kiri, kanan lagi..

‘zul, cuba ko tengok nama masjid ni’ Bai memulakan perbualan.

‘Masjid Jamek Parit Santo Ayer Hitam. Napa?’ saya bertanya.

'Ko nda ingat ka ni kampung siapa?' Soalan saya dijawab dengan soalan la pula.

‘Emm..macam pernah ku lihat nama kampung ini tapi dimana ya..??’ saya meneruskan soalan.

‘Ni la kampung Usop Santorian!!’

‘hahaha..’

Pandai juga si Bai buat lawak time-time kami mau lintas jalan huhu

Saya dah sampai kampung usop Santorian rupanya. Dukacitanya tak bekesempatan jumpa Usop and de geng. Mungkin dorang balik terus rasanya lepas solat Jumaat tadi..

Perjalanan kami diteruskan..

Kurang daripada 20 minit kami sampai di pintu gerbang UTHM. kami ditempatkan di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail.

Seusai check in dalam bilik, kami bergegas ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail untuk sesi taklimat.

Kolej yang hebat sehebat Naib Canselornya

Pada sebelah malamnya, di tempat yang sama adalah sesi bersama Kementerian Pengajian Tinggi. Pastinya, bila sebut tentang KPT, Ayahanda Habib Zam Zam adalah orang pertama yang paling berpengaruh dikalangan sekalian mahasiswa di Malaysia kerana ke’Ayahanda’annya itu.

Lebih kurang jam 11.30 malam, program ditangguhkan. Tubuh badan dan otak perlu direhatkan untuk menghadapi hari esok yang padat. Sebelum tidur saya masih perlu menulis sesuatu..

Tokei Ikan BertaQwa

86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor


07 Mei 2009

Menanti Hari Esok


Salam kasih sayang Islam buat semua. Sudah beberapa hari rasanya jari jemari tidak menari lentik di atas puluhan punat keybord ini. Beberapa kekangan menghalang saya untuk menulis. Antaranya adalah jadual peperiksaan semester yang maha padat dan juga beberapa tugasan lain perlu diselesaikan dengan segera.

Esok saya akan menduduki peperiksaan bagi subjek terakhir bagi semester ini, BZ30903 Entrepreneurship. Subjek minor daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

Berikut adalah senarai subjek yang saya ambil pada semester ini:

1. SQ20203 HEALTH AND FISH DISEASE

2. SQ20403 BREEDING AND FISH GENETIC SELECTION

3. SQ20603 PEN, CAGE AND ENCLOSURE

4. SQ20803 SEED PRODUCTION AND CULTURE TECHNIQUE

5. ST00803 SPSS

6. BZ10403 MARKETING

7. BZ30903 ENTREPRENEURSHIP

8. UA00702 BAHASA ARAB TAHAP IV

Selepas tamat paper esok, saya perlu bergegas ke pusat bandar untuk menaiki bas ke terminal feri Menumbuk. Dari terminal feri kami akan menaiki feri penumpang ke Pulau Labuan. Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Pulau Labuan memakan masa kira-kira 4 ke 5 jam.

Sebelum jam 8 malam saya dan sahabat-sahabat perlu berada di Kolej Matrikulasi Labuan bagi sesi taklimat Minggu pengurusan Pelajar Baru (MPPB), Kolej Matrikulasi Labuan bagi sesi kali ini. Pastinya esok merupakan hari yang agak padat buat saya dan sahabat-sahabat lain. Moga dipermudahkan segalanya.. seeru ala barakatillah..

KONVENSYEN MPP IPTA 2009


saya tidak pernah ke Johor. walaupun dalam beberapa siri lawatan saya ke semenanjung Malaysia, kaki ini tidak sampai menjejek kaki di Negeri Johor. paling-paling pun sampai Melaka ja.

Dijadualkan pada 15-20 Mei 2009, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT akan menganjurkan Konvensyen MPP IPTA. Oleh itu, saya dan 8 ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang lain akan mewakili UMS ke konvensyen tersebut yang bertempat di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Maka ke Johor lah saya jawabnya.


Berikut adalah maklumat berkaitan program :

Masa perasmian : 16 Mei 2009 (Sabtu)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Dewan tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Perasmi: YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ( Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)


Majlis Penutup : 19 Mei 2009 (Selasa)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Dewan tunku Ibrahim Ismail, UTHM


Peserta Konvensyen: Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Seluruh IPTA Malaysia

Link disini


Majlis Perwakilan Pelajar UMS akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pemerkasaan Pendidikan Luar Bandar di Sabah’. Alhamdulillah kertas kerja telah siap sepenuhnya. Saudara Presiden akan membentangkan kertas kerja tersebut pada saat dan ketikanya nanti. Moga dipermudahkan Oleh Allah. Seeru ala barakatillah

~Promosi Terhebat~