Komuniti Followers

28 Oktober 2009

Kempen: 1 Keluarga 1 Kampit Beras

Salurkan sumbangan anda ke akaun:

CIMB : 12180099132527
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman)

atau hubungi 0198110964 untuk menghantar beras terus ke tempat kami / diambil beras dari tempat anda. Minta dimaklumkan sebarang sumbangan. Terima kasih.



22 Oktober 2009

Buku: Catatan Kanvas Kehidupan

Buku yang saya sudah baca:


Harga : RM20.00
Mukasurat : 210
Penulis : Riduan Mohamad Nor Dan Lain-Lain
Penerbit : Jundi Resources

Buku ini saya beli sewaktu menghadiri satu ceramah di SMK Kian Kok penghujung Disember 2008 yang lepas. Dah lama baca dah sebenarnya tapi baru dikembalikan oleh kawan.


Buku ni menggunakan cara penyampaian penceritaan. Penulis membawa pembaca merasai sendiri pahit manis penulis sepanjang pengalaman dakwah yang penuh liku. Juga mengajak pembaca merenungi sebentar keperitan hidup saudara seaqidah yang berada di tempat yang lain.


Siapa-siapa yang belum baca boleh pinjam dari saya atau beli terus di kedai.


KANDUNGAN

- Pelarian Palestin Yang Terbiar
- Suara Tanpa Wajah
- Sanggup Berkorban
- Pakistan Dalam Tangisan Salju
- Menjadi Tetamu Allah
- Pengharaman Ceramah

- XPDC Dakwah
- Mendekati Artis; Sebahagian Wahana Dakwah
- Pemuda PAS Dan Isu Selatan Thai
- Menjejak Tanah Leluhur
- Legasi Tamadun Islam
- Tersadai Di Lapangan Terbang Fukuoka
- Adik-Adik Yang Ramah
- Syiria Yang Indah
- Ketua Pemuda Yang Kaya Dengan Pelbagai Watak
- Ops Kriket Dalam Kenangan
- Raya Di Rumah Amy Search
- Saya Sebelum Hari Ini
- Ada Apa Pada Nama
- Hidangkanku Secangkir Kopi Panas
- Politik Damai
- Tahniah! Buat Kak Long Dan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, Kuantan
- Pesanan Ayah Buat Anak Tersayang
- Sunnah Orang Berjuang
- Korban Merdeka Dan Mangsa Patriotisme
- Sehari Dalam Hidup Seorang Pejuang
- Perjuangan Era 80'an: Sebuah Kerinduan
- Dari Pasar Budaya Ke Istana Negara
- 11 Hari Mogok Lapar: Suatu Catatan Bersejarah
- Nostalgia 10 November: Gelombang Kuning Di Kuala Lumpur
- Galeri Foto

'Catatan Kanvas Kehidupan' ini adalah tulisan yang menggabung beberapa tulisan saya sendiri yang bergulat di medan amal jamaie dalam dua dekad ini dan juga himpunan tulisan teman-teman yang lain, berkongsi suka duka mereka mengharungi bahtera perjuangan. Pelbagai sketsa dan dimensi kehidupan ditulis dengan baik, serta bahasa yang mudah dikunyah oleh pembaca, menyoroti pelbagai isu semasa yang berkaitan serta disulam dengan pengalaman terlibat dalam manangani sesuatu isu. Juga esei-esei yang berlatarbelakangkan kehidupan peribadi yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca terutama aktivis pemuda yang serba rencam, tanpa berselindung tentang kekurangan dan kelemahan sebagai manusia yang mempunyai tuntutan kehidupan sebagaimana anak-anak muda yang lainnya.

-Ust Ridhwan-

‘Membaca mecerahkan pemikiran’

Tokei Ikan BertaQwa

88999 UMS Kota Kinabalu


21 Oktober 2009

Jadual Prof. Dr. Mohd Arip Kamso di Sabah

Prof. Dr. Arip sewaktu ceramahnya pada Program pembangunan Modal Insan (PMI),

Universiti Malaysia Sabah Julai lalu



Penceramah : Prof. Dr. Mohd Arip Kasmo – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Akademik : BSc (Univ. Of Wales, UK), SPLI (Maktab Perguruan P. Pinang), Sarjana Pendidikan (UKM), Ph.D (UKM)


Tajuk Ceramah : Mukjizat al-Quran Dari Perspektif Sains



Tarikh : 23 Oktober 2009 (Jumaat)

Tempat : SMKA Tun Said, Kota Belud.

Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib


Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)

Tempat : Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Masa : Selepas solat Fardhu Maghrib.


Tarikh : 25 Oktober 2009 (Ahad)

Tempat : Surau an-Nur, Taman Limauan, Kinarut Papar.

Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib.


Anjuran : Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Urusetia Sabah dengan kerjasama tuan rumah lokasi masing-masing.


Sumber: Ustaz Akmal @ www.abunuha.wordpress.com



20 Oktober 2009

Buku: Wajah Baru Politik Malaysia


Tajuk : Wajah Baru Politik Malaysia

Penulis : Dr. Mujahid Yusof Rawa
Halaman : 230
Harga : RM15.00


Alhamdulillah saya baru sahaja membaca buku ini walaupun telah hampir dua bulan memilikinya . Banyak pencerahan yang saya perolehi dan tentu sekali membacanya ‘mengenyangkan’ minda.


Sebelum ini, pada Ramadhan yang lepas, saya sempat menghadiri sesi wancana buku ini di kediaman mewah Vailla Idaman milik Datuk Halik Zaman yang juga merupakan moderator utama laman sesawang sabahkini.net . Beliau saya lihat sangat teruja dan bersemangat ketika membincangkan kandungan serta mesej yang terdapat dalam buku ini.


Sekalung tahniah buat penerbit Anbakri kerana sangat giat dalam menerbitkan buku-buku kontemporari yang penuh bermesej dalam lingkungan masyarakat yang semakin jauh dengan pegangan berTuhan, khususnya buku-buku tulisan TG Dato’ Nik Aziz Nik Mat.


Syabas kepada Dr. Mujahid Yusuf atas usaha mengumpulkan tulisan-tulisan beliau untuk dijadikan sebuah buku yang kehadirannya sangat tepat pada waktu dan ketika ini, disamping kesibukannya menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat Parlimen P057 Parit Buntar.


Saya sehingga kini masih menanti-nanti tulisan-tulisan berkualiti daripada para Menteri yang menduduki Parlimen Malaysia kini. Tetapi setakat ini yang saya perhatikan, teks ucapan pun orang lain yang sediakan.


Kepada ahli politik atau sesiapa sahaja yang berminat dengan politik tanahair, jangan bertangguh untuk mendapatkannya. Jadikan buku ini sebagai salah satu daripada koleksi perpustakaan anda.


Saya sangat mengalu-alukan sebarang komentar dan perbincangan yang sihat berkenaan buku ini.


Sesungguhnya, sebuah ‘perayaan demokrasi’ yang jauhari lagi budiman, yang menjauhi politik songsang amat dinantikan. Kita perlu kembali kepada tamadun yang sangat ajaib dan luar biasa. Buku ini mengajak pembaca merenung Wajah baru politik Malaysia yang seakan meledak keluar dari budayanya yang tersesat sekian lama. Tiada siapa perlu buktikan, tetapi keadaan masa ini yang membuktinya.

-Dr Mujahid Yusuf-


‘Membaca mencerahkan Pemikiran’


Tokei Ikan BertaQwa

88999 UMS Kota Kinabalu


~Promosi Terhebat~