Komuniti Followers

07 Mei 2009

KONVENSYEN MPP IPTA 2009


saya tidak pernah ke Johor. walaupun dalam beberapa siri lawatan saya ke semenanjung Malaysia, kaki ini tidak sampai menjejek kaki di Negeri Johor. paling-paling pun sampai Melaka ja.

Dijadualkan pada 15-20 Mei 2009, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT akan menganjurkan Konvensyen MPP IPTA. Oleh itu, saya dan 8 ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang lain akan mewakili UMS ke konvensyen tersebut yang bertempat di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Maka ke Johor lah saya jawabnya.


Berikut adalah maklumat berkaitan program :

Masa perasmian : 16 Mei 2009 (Sabtu)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Dewan tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Perasmi: YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ( Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)


Majlis Penutup : 19 Mei 2009 (Selasa)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Dewan tunku Ibrahim Ismail, UTHM


Peserta Konvensyen: Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Seluruh IPTA Malaysia

Link disini


Majlis Perwakilan Pelajar UMS akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pemerkasaan Pendidikan Luar Bandar di Sabah’. Alhamdulillah kertas kerja telah siap sepenuhnya. Saudara Presiden akan membentangkan kertas kerja tersebut pada saat dan ketikanya nanti. Moga dipermudahkan Oleh Allah. Seeru ala barakatillah

1 ulasan:

myikhwanfiideen berkata...

Selamat datang ke JOHOR!

~Promosi Terhebat~