Ramadhan ini Persatuan Siswazah Sabah berhasrat mengadakan jelajah ukhuwwah ke 11 kampung muallaf di sekitar Pantai Barat Sabah. Jelajah ini akan mensasarkan 3 kriteria kampung;
1. Kampung yang pernah diziarahi atau menjadi tempat program PSS dan lain-lain organisasi di dalam Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN),
2. Kampung yang pernah dijejaki oleh PSS untuk menyelesaikan masalah aqidah dan pengabaian Islam oleh penduduk setempat, dan
3. Kampung-kampung angkat PSS yang sedang dibangunkan.
Jelajah dengan perancangan aktiviti Program Pengukuhan Solat untuk pelajar sekolah dan remaja, Ceramah Kesedaran Ramadhan untuk dewasa, Ceramah Kekeluargaan Umum, Ziarah Mahabbah Saudara Baru dan Penyampaian Sumbangan serta Gotong-Royong Ifthar dan Qiam akan meletakkan objektif-objektif berikut untuk dicapai di setiap kampung;
1. Peningkatan kesedaran menunaikan solat di kalangan remaja dan pelajar sekolah, dengan menguasai pergerakan asas solat dan 70% bacaan dalam solat,
2. Penghayatan erti berpuasa dan amalan sunat di bulan Ramadhan, dan penerapan Islam sebagai budaya pengurusan atau management tool untuk keluarga,
3. Rehabilitasi semangat saudara baru untuk mengamalkan agama Islam dengan penerapan semangat kasih-sayang umat sejagat.
Program akan berjalan dengan kekuatan pasukan seramai 10-15 orang dan dalam tempoh selama satu hari satu malam di setiap kampung, dan memerlukan biaya minimum sekitar RM600.00 untuk setiap kampung.
PSS mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kewangan, pakaian terpakai dan barang makanan bagi tujuan menjayakan agenda besar tersebut. Mari beramal di bulan Ramadhan. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman di 0198110964 atau layari www.nurilhakim.blogspot.com. Syukran.
Pemimpin No.1 negara, Datuk Seri Najib Razak telah mengagaskan satu konsep baru, sebagai lumrahnya setiap Perdana Menteri Malaysia lain pada setiap awal perlantikannya. Menurut beliau, konsep 1 malaysia tidak sama dengan slogan “Malaysian Malaysia” yang dibawakan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.
Bagi Perdana Menteri, 1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.
“Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
“Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep 1 Malaysia.”
Demikian penjelasan pemimpin nombor satu negara dengan slogan “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” yang dikemukakannya pada ucapan sulung sempena hari pertama disahkan sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.
1 UMS
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sambutan pesta kemerdekaan peringkat UMS, yang bertemakan ‘1Malaysia. I UMS’ telah usai malam semalam. Walaupun saya tidak dapat menghadiri acara kemuncak penutupan semalam namun saya sempat menjenguk seketika sejam sebelum acara berlangsung.
Apa yang menarik saya untuk menulis berkenaan dengan pesta Kemerdekaan kali ini ialah, bukan pada meriah sambutannya tiap tahun, juga bukan kepada kehangatan malam kemuncak yang menjanjikan persembahan pelbagai etnik dan suku kaum daripada Sabah khususnya. Namun lebih daripada itu ialah, Pesta kemerdekaan kali ini membuka ruang berfikir dan muhasabah khususnya kepada mahasiswa UMS.
Antara pengisian yang diadakan sepanjang 3 hingga 14 Ogos 2009 ialah forum-forum yang membincangkan isu-isu semasa, pelbagai pertandingan seperti larian maraton, melukis poster, kuiz, pemeran, mengibarkan bendera dan banyak lagi.
Merujuk kepada ucapan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Shariff A.K Omang ketika Majlis Perasmian pembukaan pada 3 Ogos yang lalu, beliau mengingatkan kepada sekalian hadirin, bahawasanya untuk membentuk sebuah negera bangsa, 1 Malaysia perlu bermula dengan 1 individu, 1 Malaysian itu sendiri.
Bukan sekadar slogan!
Saya amat bersetuju dengan kenyataan beliau. Perkara yang sama juga telah saya ungkapkan ketika beberapa sesi ucapan saya semasa ditaklifkan sebagai ketua Pengarah Minggu Suai Mesra UMS sesi ini.
Ini kerana, untuk membentuk sebuah daulah atau negara yang cemerlang, gemilang dan terbilag, konsep 1 malaysia mustahil dapat dicapai sekiranya pemimpin hanya pandai mencanang slogan yang kosong dengan pengisian. Tetapi pemimpin itu sendiri serta sekalian rakyat jelata perlu sama-sama menjadi setiap individu yang SUPER dalam lapangan masing-masing. Ke’SUPER’an ini juga perlu dicapai dalam konteks tidak membelakangkan syariatik Allah SWT.
Setiap individu SUPER membentuk sebuah keluarga SUPER dan seterusnya kelompok masyarakat yang SUPER. Natijahnya akan membentuk satu daulah yang memiliki setiap individu di dalamnya SUPER-SUPER belaka.
Perihal ini juga disebutkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawy, antara karekteristik yang diperlukan untuk membina satu daulah Islamiyah, haruslah bermula dengan bersungguh membangun individu soleh, keluarga yang soleh dan masyarakat yang soleh bagi membentuk sebuah daulah yang soleh, yakni kecemerlangan yang dicapai meliputi kecemerlangan dunia dan seterusnya di alam’the life here after’.
Anyway, tahniah sekali lagi kepada semua mata-mata rantai yang menjayakan penganjuran pesta kemerdekaan pada kali ini, tepatnya kepada dua orang sahabat saya daripada Exco Perpaduan Nasional, saudari Khairunisa klem dan Saudara Tan Xiang Long.
Pada Allah jualah dipulangkan segalanya sebagai sebaik-baik hakim yang akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha murni kalian.
Beberapa jam sahaja lagi rancangan Suara Siswa akan ke udara di Radio Televisyen Malaysia saluran 1. Namun yang istemewanya pada kali ini, ia dibawakan secara langsung daripada Dewan Canselor UMS, universiti tercinta ku!!
Moderator forum: Dr. Fazley Yaakob
Panelis Forum: Profesor Datuk Dr. Kamaruzzaman Hj Ampon
Naib Canselor UMS
Saudara Azrul bin Ibrahim
Perwakilan Pelajar PMUMS sesi 2008/2009
Wakil daripada PTPL Sabah
Jom ramai-ramai meriahkan Dewan Canselor dan bagi ynag berada di rumah jangan lupa buka TV1 jam 9 malam ni ok.
Alhamdulilah..saya panjatkan rasa syukur yang berpanjangan kepada Tuhan Rabbul Jalil yang telah memberikan kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mengerah kudrat dan keringat dalam memperjuangkan Islam ini sehingga kita dilimpahi kurnia paling tuntas berharga.
Untaian rasa kesyukuran dalam diri, kerana diberikan oleh Allah SWT dengan segala nikmat dan peluang,berada dalam lapangan kepimpinan mahasiswa untukmenyatakan kebenaran dalam lingkungan masyarakat yang semakin berpaling daripada petunjuk.
Sudah lama bangetrasanya jari jemari tidak menari lentik untuk menemaskini teratak ini. Banyak kekangan menghalang Tokei Ikan BetaQwa (ToiB) untuk menulis. Ya. Sangat banyak.
Walaupun idea datang mencurah-curah tapisering tak kesampaian untuk ditulis sedangkan banyak maklumat yang perlu untuk dikongsi bersama.
Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yabg tidak putus-putus menghantar komen yang berupa cadangan dan kritikan. Tidak lupa juga kepada mereka yang sekadar lalu di blog ini. Moga ada manafaat yang boleh kita kongsikan bersama.
InsyaAllah.. saya akan mencoretkan sebahagian daripada pengalaman dan pengisian sepanjang 2 bulan bercuti daripada menelaah kitab-kitab akademik.
Semua tulisan dalam blog ini ditujukan kepada SEMUA GOLONGAN dengan harapan ianya mudah difahami. oleh itu, kepada para SARJANA yang tidak bersetuju dan menganggap tulisan-tulisan ini tidak mempunyai nilai keintelektualan @ ilmiah yang tinggi, silakan ke mana-mana pautan lain yang saya sediakan. InsyaAllah bagi golongan lain, ada manafaatnya.
Seorang Muslim. Anak pribumi Sabah. Bekas pelajar SK Kundasang, SMK Agama Inanam (SEMAI) & Kolej Matrikulasi Labuan dan Universiti Malaysia Sabah dalam pengkhususan Akuakultur. Ahli kepada Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Advance Training Series (ATS) ESQ 165, Alumni ESQ165 Eksekutif Angkatan 1 Sabah, Persatuan Aikikai Malaysia Dojo UMS dan Persatuan Seni Silat Helang Putih Perkasa cawangan Sabah. Mantan Exco Kepimpinan & Latihan, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah sesi 0809. Pernah menjalani latihan industri di Kagawa Ken, Jepun dan kini bekerja di Sabah land Developement Board. InsyaAllah bakal bergelar Tokei Ikan BertaQwa kelak