Tajuk entri di atas saya tak pasti betul ka nda. Kalau ikut pemahaman saya maksudnya ‘Orang Jepun belajar Bahasa Syurga’.
Minggu lepas, malam dirasakan sangat samui. Suhu sejuk serendah 13 C mengigit-gigit tulang sum-sum. Bukan tidak biasa dengan suhu sejuk tapi dek kerana sejuk itu disertai dengan angin bayu daripada laut melalui tingkap bilik yang sememangnya menghadap laut, mejadikan sweater dan snow cap tidak lekang dari diri.
Minggu kedua latihan industri cukup meletihkan. Kerja bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada jam 5. Pada hari-hari tertentu saya kena mula bekerja seawal jam 6 pagi, turun ke laut untuk menangkap anak-anak ikan, pergi ke kawasan penternakan dalam sangkar untuk member makan kepada madai dan juga bersama dengan sacho sama. Selepas menjamu makan malam, bermenukan nasi Jepun dengan lauk sayur kobis yang dimasak dengan telur, saya bangkit masuk ke bilik.
Niat di hati mahu membaca buku sebelum beradu tapi mata dirasakan terlalu berat.
Mengantuk dilawan. Saya mencapai buku ‘Japanese for Everyone’ pemberian seorang saudara. Punat on pada televisyen ditekan agar ada sunyi malam sedikit hilang.
Saya memulakan pembacaan. Belum sampai beberapa perkataan, alam menjadi gelap gelita. Saya rasakan telah masuk ke dalam alam bawah sedar dengan ditemani oleh sejuk malam dan bunyi ombak yang menghempas pantai. saya kalah akhirnya dengan mengantuk. Saya larut dalam tidur. Sedang buku masih di tangan.
Entah mimpi atau tidak, saya nda ingat. Sebab saya jarang ingat mimpi.
Jadi apa kaitannya dengan bahasa arab dan syurga?
Begini. Mau dijadikan cerita...
Saya terjaga. Antara sedar atau tidak, saya terus bangkit dan dalam posisi duduk, mata saya terus tertuju kepada skrin televisyen yang tengah bersiaran.
Saya mengesat-ngesat mata. Mana tau yang saya lihat di skrin saat itu hanyalah permainan mimpi di bawah alam sedar saya. Tapi rupanya tidak!
Saya mencapai hand phone, menekan punat ke aplikasi kemera dan inilah yang sempat saya snap sebelum rancangan tamat.
Semua sedia maklum yang jepun sangat obsess dengan keJepunannya. Mereka bangkit sebagai salah satu kuasa besar dunia dalam masa yang singkat dengan menggunakan BAHASA dan BUDAYA mereka sendiri sebagai sumber kekuatan.
Rancangan bahasa inggeris tidak pernah saya lihat setakat ini disiarkan. Filem Ghost Rider pun dialih bahasa kepada bahasa Jepun. Lucu pula saya tengok.
Rasanya tidak semudah itu sebuah rancangan bahasa disiarkan dalam sesebuah stesen televisyen. Dan inilah yang agak mengejutkan saya kerana bahasa arab telah dijadikan sebagai salah satu bahasa yang mendapat perhatian mereka.
Apatah lagi ianya adalah bahasa arab di sebuah negara bernama Jepun ini!
Setelah menerawang di alam maya, saya terjumpa satu artikel yang mungkin menjadi jawapan kepada ‘penemuan ‘ saya ini. Saya quote sedikit kata-kata daripada artikel tersebut.
‘’Bahasa Arab memberi satu corak pengaruh cukup besar terhadap perkembangan tamadun manusia sehingga ke hari ini.’’
Pada pandangan saya itulah jawapannya. Jepun mahu membina dan mengembangkan tamadun. Bahasa Arab telah terbukti menjadi bahasa perkembangan tamadun manusia yang unggul berabad-abad lamanya yang asas sumbernya adalah Al-Quraan Al-Karim. Maka mungkin dengan asbab itu mereka mula memberikan perhatian kepada bahasa arab.
Terima kasih tidak terhingga kepada para ustaz dan ustazah di sekolah menengah dan juga di universiti yang pernah mencurahkan ilmu dalam membimbing dan mendidik saya dan rakan-rakan mempelajari bahasa arab. Walaupun saya tidak mahir tapi Insya Allah basic nya ada. Dan saya tidak akan berhenti setakat itu untuk mempelajarinya.
Mari belajar bahasa arab, bahasa Al-Quraan dan bahasa penghuni syurga!
Gambateh kudasai!
Tulisan ini hanyalah berdasarkan apa yang saya lihat, rasa dan fikir. Sekiranya ada pandangan bolehlah dikongsi bersama. Jazakallah.
Tokei Ikan BertaQwa
Kansai Bussan Kabushiki Gaisha,
1608-1, Kisana, Ookoshi Cho,
Sakaide 762-0014 Japan.
2 ulasan:
fuh..menarik ni...tapi dah makin lupe ni bahse arab.last pun time sekolah mngh..dpt band3 x dpt amik kelas arab
Kagum, terkesima, ter...bfikir...n ter pa2 lg la yg mgkin. 1) Sebab cerita yg dikongsikan, 2) Sebab keadaan org yg berkongsi cerita ni spt yg dceritakan. huhu... Ya, apa pun, syukur...see? Keagungan islam dan bhs syurga ada saja d mana2 pelusuk dunia kn..Ok, Moga terus mendapatkan manfaat dan seterusnya bermanfaat,, buat diri sendiri, buat orang lain, juga buat islam itu sndiri. Gambate jijul! ^_^
Catat Ulasan