14 Mei 2010
Segala puji bagi Allah. Ayat yang selayaknya diucap pada ketika ini.
Saya dan 3 rakan lain telah selamat sampai d Stesen Kansai Bussan setelah mengharungi 16 jam perjalanan menggunakan pesawat MH052 . sepertinya juga dengan 14 orang rakan-rakan yang lain juga telah selamat sampai ke stesen masing-masing iaitu Aizat, Kumu dan Choe di Uragami Station, Intan dan Macy di Ooshima Station, Gun dan Mei Jing di Shirahama Station,Mei Fong dan Eeting di Yanmmar serta kumpulan terakhir King Fui, Ah Yau, Che Kai, Susie dan Alice di Yoshikawa Suisan.
Penerbangan pertama kami dari Kota Kinabalu ke KLIA pada jam 6.40 pm mengambil masa 2 jam setengah. Penerbangan ke Kansai International Airport, Osaka pula pada 11.45 pm. Kami menapaki bumi Jepun tepat Jam 7.13 am. Sesungguhnya suhu di Osaka sat ini sangat sejuk. Hanya 13°C !
Lebih sejuk daripada Kundasang rasanya huhu
Sesampai kami di Airport, Dr. Kato dan Ryu san telah pun menunggu sejak dari awal pagi lagi. Dr. Kato terus membawa Kandai team ke Kandai station. Ya. Saatnya untuk mengucapkan selamat tinggal. I.Allah akan bertemu lagi hampir 3 bulan kehadapan. Tinggallah kami 3 kumpulan yang seterusnya .
Bagi Kansai Bussan dan Yoshikawa Suisan, kami akan menuju ke Takamatsu City yang terletak di Pulau Shikoku. Bas ke sana adalah pada pukul 8.35 am. Pemandangan sepanjang perjalanan cukup menyejukkan mata dengan kebun-kebun sayur dan susunan bangunan yang teratur dan bersih. Hatta kilang besi buruk pun macam tempat parking kereta.
12.01 am kami tiba di Takamatsu City. Ito san telah pun menunggu lebih awal untuk membawa kumpulan kami ke HQ Kansai Bussan. Kami diperkenalkan dengan Asami Sama, selaku presiden kepada Kansai Bussan. Beliau berpesan supaya kami belajar dan menggunakan Nihon go sebagai bahasa komunikasi harian disamping menikmati kehidupan di sini. Kami singgah sebentar di Maruka. Sebuah pasaraya yang cukup untuk membekalkan keperluan seluruh bandar.
Setiap daripada kami diberikan wang saku sebagai elaun makan bulan ini. Cukup malah lebih dari cukup.
Berbekalkan wang tersebut, kami membeli barang makanan untukan bekalan 1 minggu. Usai membeli belah, ito san seolah-olah tahu akan keroncong perut kami berempat yang minta diisi kerana telah separuh hari menempuh perjalanan ke Takamatsu city. Destinasi yang dituju ialah sebuah restoren.
Pada awalnya kami agak khuatir kalau-kalau ito san mengoder kami butan niku sebagai pengalas perut. Alhamdulullah dia memahami keadaan kami. Terima kasih yang tidak terhingga buat senpai yang terdahulu. Asbab kehadiran kalian di sini dahulu, telah memudahkan kami dengan memberi kefahaman kepada Ito san akan tuntutan mencari makanan halal bagi muslim seperti kami.
Jam 1.40 pm waktu Jepun, kami tiba di perkarangan hatceri. Ito san menunjukkan kami rumah yang bakal kami diami selama hampir 3 bulan ini. Rumah yang sederhana tapi lengkap dengan 4 buah bilik tidur, dapur, bilik air dan mesin basuh. Cukup selesa untuk berehat setelah seharian bekerja nanti.
Sebelum meninggalkan kami, Ito san berpesan kepada kami untuk berada di pejabat hatceri pada jam 8.00 am. Kami menganguk tanda faham.
Waktu yang ada kami manfaatkan untuk mengemas dan berehat bagi menghadapi hari esok yang pastinya akan memberikan 1001 macam ilmu dan pengamalam baru.
19 Mei 2010
Hari ini sudah 6 hari saya dan rakan-rakan lain di sini dan sudah masuk hari ke 5 kami bekerja. 3 hari pertma saya dan Mel ditempatkan di hatceri. Manakala Nana dan Nik pula di Kansai Factory. 2 hari selepas itu kami bertukar posisi.
Saya kena belajar dan cepat tangkap Nihon go khususnya ketika berkomunikasi dengan macik-macik peramah di factory. Doakan moga saya dan rakan-rakan lain dipermudahkan.
Seeru ala barakatillah.
P/S: junjungan kasih hormat selamanya buat ibu bapa, Julirin Majimin dan Hisiah Sain, Kak Eyie serta seluruh ahli keluargaku dan saudara mara atas doa dan sokongan yang tidak putus-putus daripada kalian. I.Allah saya akan sentisa mengirim kabar.
Tidak lupa kepada semua pensyarah IPMB, rakan-rakan SCOAIT 10, sahabat-sahabat seperjuangan HM khususnya A.Nadir, Afik dan Acap yang bersusah payah untuk datang ke lapangan terbang ketika saya hendak berlepas, para ATS ESQ 165 serta semua sahabat dan kenalan yang saya hormati.
Tanpa doa dan sokongan kalian, saya tidak mungkin berada di sini. Moga kalian semua sentiasa dinaungi dengan reda Allah dan RasulNya. Jazakallahhu khairan kathira.
Tokei Ikan BertaQwa
Kansai Bussan Kabushiki Gaisha,
1608-1, Kisana, Ookoshi Cho,
Sakaide 762-0014 Japan.
4 ulasan:
salam, seronok membaca post kali ni..semoga urusan Zul dipermudah dan mendapat banyak manfaat..moga Allah memberkati Zul dan kwn disana..Amin..^_^
huhu...nama sy ade la...hehehe.domo arigato gozaimasu..semoga abg and da geng selamat menghabiskan praktikal kat jipun..kami merindui abg sekalian...hehehe
Assalamualaikum.. Jijul!!! jaga diri slalu ya ^__^~
syukran semua yang bagi semangat. mrs pun jg dr juga tem Li ya. jgn men skuba kerap sgt. t gelap x ble jadik model g hehe. acap n sue, alhamdulillah dgn berkat doa korang suma kehidupan cni terasa mudah. doa org2 solaeh biasanya didengar Allah.. amin
Catat Ulasan