Komuniti Followers

07 Mei 2009

Menanti Hari Esok


Salam kasih sayang Islam buat semua. Sudah beberapa hari rasanya jari jemari tidak menari lentik di atas puluhan punat keybord ini. Beberapa kekangan menghalang saya untuk menulis. Antaranya adalah jadual peperiksaan semester yang maha padat dan juga beberapa tugasan lain perlu diselesaikan dengan segera.

Esok saya akan menduduki peperiksaan bagi subjek terakhir bagi semester ini, BZ30903 Entrepreneurship. Subjek minor daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

Berikut adalah senarai subjek yang saya ambil pada semester ini:

1. SQ20203 HEALTH AND FISH DISEASE

2. SQ20403 BREEDING AND FISH GENETIC SELECTION

3. SQ20603 PEN, CAGE AND ENCLOSURE

4. SQ20803 SEED PRODUCTION AND CULTURE TECHNIQUE

5. ST00803 SPSS

6. BZ10403 MARKETING

7. BZ30903 ENTREPRENEURSHIP

8. UA00702 BAHASA ARAB TAHAP IV

Selepas tamat paper esok, saya perlu bergegas ke pusat bandar untuk menaiki bas ke terminal feri Menumbuk. Dari terminal feri kami akan menaiki feri penumpang ke Pulau Labuan. Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Pulau Labuan memakan masa kira-kira 4 ke 5 jam.

Sebelum jam 8 malam saya dan sahabat-sahabat perlu berada di Kolej Matrikulasi Labuan bagi sesi taklimat Minggu pengurusan Pelajar Baru (MPPB), Kolej Matrikulasi Labuan bagi sesi kali ini. Pastinya esok merupakan hari yang agak padat buat saya dan sahabat-sahabat lain. Moga dipermudahkan segalanya.. seeru ala barakatillah..

4 ulasan:

Sufy berkata...

salam..insyaallah, smg dipermudah urusan dan diberi petunjuk utk mnjwb last paper..smg slmt smpai ke destinasi...amin..jg diri slalu..

joegrimjow berkata...

bnyaknye
smoge studyn la yek
ku 28 ni

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

KML...
sampaikan 'salam' ana untuk medan juang itu..

Lagenda berkata...

SALAM..
AKHIRNYA ADA JUAK ANA PUNYA GAMBAR MASUK BLOG NIH...HEHE
WALAUPUN NDA NAMPAK MUKAK

~Promosi Terhebat~