Komuniti Followers

16 Mei 2009

Langbuana di Johor

Penerbangan ke Johor Baharu, 9.55am

Catatan Hari pertama

Alhamdulillah saya dan 8 sahabat MPP yang lain telah tiba dengan selamatnya di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Parit Raja Batu Pahat Johor. Pergerakan kami ke UTHM adalah dalam tiga kelompok.

Kelompok pertama ialah team daripada Kuala Lumpur, Azhar dan Nada bergerak daripada LCCT seawal jam 7 pagi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dan seterusnya ke UTHM.

Di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail

Kelompok kedua, Team KK terdiri daripada saudara Presiden, saya, Bai Ensem dan Christoper. Kami bergerak pada jam 8 pagi ke Lapangan terbang Terminal 2. Penerbangan ke Johor Baharu dijadualkan pada janm 9.55 pagi. Suasana pagi itu diceriakan lagi dengan geng budak Debat yang diketuai oleh nakhodanya, Abg Jass Azelizan. Jam 12.30 kami selamat mendarat di lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai.

Kelompok ketiga, team MPP daripada Pahang, k.Ika, Abg. Hasra dan Thipan meluncur ke selatan melalui Lebuhraya Utara Selatan. Mereka tiba agak lewat sedikit namun masih sempat untuk bersama-sama dalam sesi pertama.

Usop Santorian

Masjid Jamek Parit Santo Ayer Hitam

Team KK disambut oleh dua MPP UTHM yang manis dan murah dengan senyuman. Sekadar membahasakan diri mereka sebagai Ifa dan Jiha, kami dibawa menaiki van universiti yang akan membawa kami ke UTHM. Abg Syukri selaku driver mengemudi pejalanan kami dengan tenang.

Kami sempat singgah solat Jumaat di salah saebuah Masjid yang berdekatan.

1.45 petang

Tengok kiri,sekejap kanan, sekejap kiri, kanan lagi..

‘zul, cuba ko tengok nama masjid ni’ Bai memulakan perbualan.

‘Masjid Jamek Parit Santo Ayer Hitam. Napa?’ saya bertanya.

'Ko nda ingat ka ni kampung siapa?' Soalan saya dijawab dengan soalan la pula.

‘Emm..macam pernah ku lihat nama kampung ini tapi dimana ya..??’ saya meneruskan soalan.

‘Ni la kampung Usop Santorian!!’

‘hahaha..’

Pandai juga si Bai buat lawak time-time kami mau lintas jalan huhu

Saya dah sampai kampung usop Santorian rupanya. Dukacitanya tak bekesempatan jumpa Usop and de geng. Mungkin dorang balik terus rasanya lepas solat Jumaat tadi..

Perjalanan kami diteruskan..

Kurang daripada 20 minit kami sampai di pintu gerbang UTHM. kami ditempatkan di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail.

Seusai check in dalam bilik, kami bergegas ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail untuk sesi taklimat.

Kolej yang hebat sehebat Naib Canselornya

Pada sebelah malamnya, di tempat yang sama adalah sesi bersama Kementerian Pengajian Tinggi. Pastinya, bila sebut tentang KPT, Ayahanda Habib Zam Zam adalah orang pertama yang paling berpengaruh dikalangan sekalian mahasiswa di Malaysia kerana ke’Ayahanda’annya itu.

Lebih kurang jam 11.30 malam, program ditangguhkan. Tubuh badan dan otak perlu direhatkan untuk menghadapi hari esok yang padat. Sebelum tidur saya masih perlu menulis sesuatu..

Tokei Ikan BertaQwa

86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor


6 ulasan:

SuFy berkata...

smg hepi dan dipermudah segala urusan k..jg diri^_^salam

~pyda313~ berkata...

alhamdulillah bkmpatan gak tuk bkongsi pngalaman walaupun berada dalam ksibukan program kat sna..mg ALLAH merahmati dirimu dan sahabat2 y lain di sana..

~pyda313~ berkata...

alhamdulillah walaupun berada dalam kesibukan prgram di sana masih dapat meluangkan masa tuk bkongsi pngalaman..mg Allah merahmati dirimu selalu dan sahabat2 y lain jg...

nurilhakim berkata...

Jauh perjalanan luas pemandangan..manfaatkan, Negri Bawah Bayu menunggu kepulangan Tokei Ilmu dan Iman yang sarat dengan pengalaman dan skil baru bercucuk-tanam ;)

nahnu-jundullah berkata...

jangan lupa bawakan buah tangan untuk kami... Teruskan perjuangan di negeri orang

S.U.Z.E.R.A.I.N berkata...

::ramai sahabat2 aku jd pemimpin segenap univ d malaysia..jujurnya, amat bngga..
::semoga d mudahkan urusan..

-----salam ingatan dr member jauh---

~Promosi Terhebat~