Komuniti Followers

10 Mac 2009

Salam MaulidurRasul 1430H


Alhamdulilah, kita panjatkan rasa syukur yang berpanjangan kepada Tuhan Rabbul Jalil yang telah memberikan kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mengerah kudrat dan keringat dalam memperjuangkan Islam ini sehingga kita dilimpahi kurnia paling tuntas berharga.

Untaian rasa kesyukuran dalam diri, kerana diberikan oleh Allah SWT dengan segala nikmat dan peluang, berada dalam lapangan kepimpinan mahasiswa untuk menyatakan kebenaran dalam lingkungan masyarakat yang semakin berpaling daripada petunjuk.

Sudah lama banget rasanya jari jemari tidak menari lentik untuk mengemas kini teratak ini. Banyak kekangan menghalang Tokei Ikan BetaQwa (ToiB) untuk menulis. Ya. Sangat banyak.

Walaupun idea datang mencurah-curah tapi sering tak kesampaian untuk ditulis sedangkan banyak maklumat yang perlu untuk dikongsi bersama huhu. InsyaAllah sempena bulan baik, hari baik ini, saya kena simpan azam untuk lebih rajin mengupdate blog ini.

Selamat menyambut Maulidurrasul 1430H buat semua umat Islam di seantero dunia. kita hayati bersama ayat dibawah.


21. Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cantiknye blog..
he.. salam jugak..

Tanpa Nama berkata...

Salam ziarah..
Teruskan berjuang sahabatku..

Moga dirimu sentiasa di bawah redhaNya..

Jgn lupa jgk, masukkn info2 bguna dalam blog ni k..

Tanpa Nama berkata...

slam maal hijrah juga semoga tahun maal hijrah yang baru nie azam dan semangat awak untuk menegakkan islam juga bertambah utuh....semoga success selalu...k

nurilhakim berkata...

Salam all,
Kemas blog baru nih. Nmpk lg pro. Mga smua diberi kekuatan meniti perjuangan mulia baginda Rasulullah SAW..Amin

~Promosi Terhebat~