Komuniti Followers

28 Mac 2009

Kempen tutup Lampu sejam


EARTH HOUR
28 MAC 2009
8.30-9.30 malam
( Padamkan lampu selama sejam tanda sokongan kepada kesedaran isu pemanasan global )

Beberapa jam sahaja lagi, kempen bergelap selama sejam akan dilaksanakan di seantero dunia.

Pemanasan global yang dialami sekarang ini sememang amat dirasai oleh semua manusia didunia ini. Buktinya, tempat kelahiran ku, Kundasang.. tidak lagi sedingin seperti 10 tahun yang lalu..atau ‘osogit’ kata orang dusun..


sepagi di Kundasang


Kalau para saintis yang membuat kajian mengenai pemanasan global bumi kita ini sanggup menjalankan kempen yang bakal akan berlaku beberapa waktu sahaja lagi itu maka kita patut bersyukur dan ikut apa yang disarankan.

Kempen tersebut, bagi saya sebagai manusia yang tinggal di alam semesta ini, saya setuju 100%. Walaupun berbagai pro dan kontra yang diperkatakan orang ramai tentang kempen ini.

Sebenarnya saya bersetuju kempen ini tapi...


‘tapi kan..mesti banyak jenayah yang akan berlaku tu kan. Takutnya...huhu ’ Simpul seorang siswi pemalu.


‘tapi kan..kalau begelap, nda bole study la maknanya malam ni.’ Si ulat buku pula bersuara.


Memang banyak tapinya..


Apa yang akan berlaku dalam tempoh sejam tersebut?


Ala kulli hal, sama-samalah kita nantikan..



Tokei Ikan BertaQwa

88999 UMS Kota Kinabalu


Tiada ulasan:

~Promosi Terhebat~