Komuniti Followers

24 Jun 2010

PSS to’ KRU, korekaramo gambate kudasai!!

Antara perasaan terharu dan sedih, saya membaca laporan bergambar Kem Remaja Islam (KRIS KK) Kota Kinabalu 2010 daripada laman sesawang Persatuan Siswazah Sabah.

Saya terharu kerana cukup bangga punya saudara, sahabat serta adik-beradik yang gigih dalam menyebarkan dakwah dan pengislahan ummah, khususnya kepada golongan remaja.

Bukan sedikit masa, tenaga, wang ringgit, masa lapang serta berbagai nikmat lain yang terpaksa dikorbankan demi untuk memastikan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Saya sedih dan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya mengenangkan tahun-tahun sebelumnya, bersama-sama susah senang dengan para sahabat dan amilin dalam berprogram pada cuti sekolah khususnya bersama-sama dengan saudara dan sahabat-sahabat Persatuan Siswazah Sabah dan adik-adik Kelab Remaja Ukhuwwah.

Menjelajah ke setiap pelusuk daerah dan ceruk-ceruk di Sabah untuk menyampaikan dan memberi segala yang termampu, demi untuk melahirkan muslim shakaijin1 dan melihat masa depan ummah yang lebih gemilang.

Terasa baru sahaja semalam bersama-sama dengan mereka membangun dan menyusun program KRIS dan Islamic Summer Camp angkatan pertama pada tahun 2007 dahulu. Saya pada masa itu adalah pejawat tetap AJK makanan dan perisapan tempat disamping menjadi fasilitator. Saya gembira dengan posisi sebagai AJK makanan atas banyak sebab hehe

Dengan ahli yang baru mencecah satu pasukan team bola, poket yang tidak berisi, ilmu yang cuma sejengkal dan pengalaman yang masih membumi, program-program seterusnya dirancang dan disusun. Alhamdulillah tahun demi tahun penambahbaikan telah dilakukan.

Hampir setiap daerah telah dijelajahi dan kini telah mempunyai cawangan PSS dan KRU sendiri.

Saya sedih kerana tidak dapat bersama-sama pada kali ini. Tapi sedih itu terubat dengan perasaan syukur saya kepada Allah kerana dikurniakan sahabat dan saudara seperti kalian.

Bagi siri KRIS pada cuti sekolah kali ini, kalau tidak silap saya KRIS KK merupakan KRIS yang ke 3 selepas KRIS Kota belud yang juga diadakan serentak dan KRIS Tawau yang ‘meletop’ itu .

Selepas ini akan menyusul KRIS Sipitang, Kota Marudu, Papar, Pitas, Sandakan dan Lahad Datu. Serta yang terbaru KRIS Kundasang. Jangan Ketinggalan!

PSS to’ KRU,

korekaramo gambate kudasai!2

1 ahli masyarakat yang berketerampilan

2 PSS dan KRU, keep uy your good work!

Laporan KRIS KK yang baru diadakan pada 12 hingga 14 Jun yang lalu dan program-program PSS lain boleh diikuti di blog rasmi Persatuan Siswazah Sabah.

Tokei Ikan BertaQwa

Kansai Bussan Kabushiki Gaisha,

1608-1, Kisana, Ookoshi Cho,

Sakaide 762-0014 Japan.


2 ulasan:

n.e berkata...

Walau xdpt brsama2 brgerak kerja...yg pst, doanya selalu mengiringi kan....^_^ itu sudah cukup buat sahabat2mu yg meneruskan prjuangan brsama..insyaALLAH...

Walau d mana jua berada, teruskan perjuangan. dan..sdh smstnya pemantapan ilmu dan diri itu jg lbh pnting. moga diri terus sama2 brmanfaat buat islam..

nurilhakim berkata...

Salam my bro..
Subhanallah.xsgka laman ni rupanya smakin berisi.Dlm ksibukan jijul smpt jgk update n bg sokongn kpda kami.

Pesan abg satu,jangan dilayan gundah-gulana! Sbb setiap prog yg jijul dh miss abg dh catat sbgi hutang yg msti dibyr kpda PSS!hoho~

Doakan kami trus diberi kekuatan utk bangunkan anak Sabah yg bgitu rmi perlukan prhatian n bimbingan di kala anak2 Sabah sendiri tidak rmi yg sanggup berhempas-pulas utk ank bngsa :(

Semoga generasi yg dibentuk pd hri ini pnya azam tuk bangun n membangunkn di ms akn dtg..amin ya rabb,perkenankanlah ya Allah.......

p/s:balik capat!!

~Promosi Terhebat~