Komuniti Followers

16 Disember 2009

GADOH!!

‘saya benci cina sebab cina makan tutt… . pijak orang melayu‘ kata si pencinta melayu itu.


‘saya benci melayu. Melayu tutt... Tak pandai pun boleh masuk U, Kami terpaksa kerja keras untuk hidup’ balas si mata sepet pula.


‘semua pun tutt… saya benci semua x kira melayu ka, cina ka atau india sebab semua suka gadoh’ gadis itu pun tidak terkecuali meluah. Skeptik benar bunyinya.


Masing-masing menyalahkan pihak lain dan meagagungkan kaum sendiri sebagai ‘tuan punya tanah’. Kesudahannya, jalan pintas untuk settle , GADOH!!


GADOH The Movie 2009



Mengisahkan sekumpulan remaja sekolah yang sering bergadoh sesama sendiri disebabkan oleh kebencian melampau kepada kaum yang lain. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila persekitaran dan sistem sekolah juga memberikan gambaran yang busuk kepada kaum lain.


Cerita ini merupakan realiti kepada masyarakat kini khususnya golongan remaja. Bagaimana ia bermula? Adakah sudah tidak ada lagi harapan untuk melihat masa depan yang lebih rukun, damai dan bersatu padu? semuanya terjawab dalam filem berdurasi 70 minit ini.


Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin


saya mendapat tahu akan kewujudan filem ini melalui satu slot ceramah oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin daripada fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Jabatan Bahasa Melayu Universiti Pertanian Malaysia pada Kolokium Rukun Negara IPT Malaysia bertempat di tiara Beach resort, Port Dickson 9-11 Disember yang lalu.


Menurut rakan peserta kolokium yang lain, filem arahan Brenda Danker dan Namron ini tidak mendapat kelulusan daripada FINAS atas sebab-sebab tertentu. Heran juga filem-filem yang lagi otai seperti Rempit, Bohsia, Jalang dan lain-lain boleh pula lepas.


Walaupun cerita ini tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan, tetapi kemudahan internet sekarang memungkinkan cerita seperti ini dapat disampaikan oleh masyarakat.


Filem ini diterbitkan oleh Big Pictures Productions dan kerjasama KOMAS.Watak-watak dalam filem ini dilakonkan oleh Namron (pengarah) sebagai Azman, Nicholas Liew Davis sebagai Heng, Zahiril Adzim sebagai Khalil, Amerul Affendi sebagai Zahir dan akhir sekali Maya Tan Abdullah sebagai Cikgu Anne.


Bagi yang belum menonton filem ini, bole KLIK DI SINI untuk download.


Website rasmi: http://www.komas.org/gadoh/


Pesanan daripada saya, gunakan mata hati untuk menilai. Yang nda baik tu pandai-pandai tapis.


Tokei Ikan BertaQwa

89308 Kundasang Ranau

Tiada ulasan:

~Promosi Terhebat~