Komuniti Followers

20 Oktober 2009

Buku: Wajah Baru Politik Malaysia


Tajuk : Wajah Baru Politik Malaysia

Penulis : Dr. Mujahid Yusof Rawa
Halaman : 230
Harga : RM15.00


Alhamdulillah saya baru sahaja membaca buku ini walaupun telah hampir dua bulan memilikinya . Banyak pencerahan yang saya perolehi dan tentu sekali membacanya ‘mengenyangkan’ minda.


Sebelum ini, pada Ramadhan yang lepas, saya sempat menghadiri sesi wancana buku ini di kediaman mewah Vailla Idaman milik Datuk Halik Zaman yang juga merupakan moderator utama laman sesawang sabahkini.net . Beliau saya lihat sangat teruja dan bersemangat ketika membincangkan kandungan serta mesej yang terdapat dalam buku ini.


Sekalung tahniah buat penerbit Anbakri kerana sangat giat dalam menerbitkan buku-buku kontemporari yang penuh bermesej dalam lingkungan masyarakat yang semakin jauh dengan pegangan berTuhan, khususnya buku-buku tulisan TG Dato’ Nik Aziz Nik Mat.


Syabas kepada Dr. Mujahid Yusuf atas usaha mengumpulkan tulisan-tulisan beliau untuk dijadikan sebuah buku yang kehadirannya sangat tepat pada waktu dan ketika ini, disamping kesibukannya menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat Parlimen P057 Parit Buntar.


Saya sehingga kini masih menanti-nanti tulisan-tulisan berkualiti daripada para Menteri yang menduduki Parlimen Malaysia kini. Tetapi setakat ini yang saya perhatikan, teks ucapan pun orang lain yang sediakan.


Kepada ahli politik atau sesiapa sahaja yang berminat dengan politik tanahair, jangan bertangguh untuk mendapatkannya. Jadikan buku ini sebagai salah satu daripada koleksi perpustakaan anda.


Saya sangat mengalu-alukan sebarang komentar dan perbincangan yang sihat berkenaan buku ini.


Sesungguhnya, sebuah ‘perayaan demokrasi’ yang jauhari lagi budiman, yang menjauhi politik songsang amat dinantikan. Kita perlu kembali kepada tamadun yang sangat ajaib dan luar biasa. Buku ini mengajak pembaca merenung Wajah baru politik Malaysia yang seakan meledak keluar dari budayanya yang tersesat sekian lama. Tiada siapa perlu buktikan, tetapi keadaan masa ini yang membuktinya.

-Dr Mujahid Yusuf-


‘Membaca mencerahkan Pemikiran’


Tokei Ikan BertaQwa

88999 UMS Kota Kinabalu


1 ulasan:

madi2mudamudi berkata...

Salam, ana pun dh hbs bc buku tue.. best bangat...

~Promosi Terhebat~