Komuniti Followers

13 Julai 2009

Ku akan terus berkongsi


Alhamdulilah..saya panjatkan rasa syukur yang berpanjangan kepada Tuhan Rabbul Jalil yang telah memberikan kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mengerah kudrat dan keringat dalam memperjuangkan Islam ini sehingga kita dilimpahi kurnia paling tuntas berharga.

Untaian rasa kesyukuran dalam diri, kerana diberikan oleh Allah SWT dengan segala nikmat dan peluang, berada dalam lapangan kepimpinan mahasiswa untuk menyatakan kebenaran dalam lingkungan masyarakat yang semakin berpaling daripada petunjuk.

Sudah lama banget rasanya jari jemari tidak menari lentik untuk menemaskini teratak ini. Banyak kekangan menghalang Tokei Ikan BetaQwa (ToiB) untuk menulis. Ya. Sangat banyak.

Walaupun idea datang mencurah-curah tapi sering tak kesampaian untuk ditulis sedangkan banyak maklumat yang perlu untuk dikongsi bersama.

Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yabg tidak putus-putus menghantar komen yang berupa cadangan dan kritikan. Tidak lupa juga kepada mereka yang sekadar lalu di blog ini. Moga ada manafaat yang boleh kita kongsikan bersama.

InsyaAllah.. saya akan mencoretkan sebahagian daripada pengalaman dan pengisian sepanjang 2 bulan bercuti daripada menelaah kitab-kitab akademik.

Seeru ala barakatillah..

Tokei Ikan BertaQwa

88999 UMS
Kota Kinabalu

3 ulasan:

Sufy berkata...

salam, zul..insyaallah, teruskan berdakwah dan beramal..moga yang terbaik dijadikan panduan..insyaallah:-p

Nafsah Dulajis berkata...

Prof?
insyaAllah...:)

Tanpa Nama berkata...

saLam...teRuskaN...InsyaAllah dapat menambah ilmu pengetahuan sesama insan...cuma abg jijul punya jam lambat sejam...huhu

~Promosi Terhebat~