Komuniti Followers

14 Januari 2009

Boikot Berstrategi- Ambil dan edar!!



“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan menyambar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu sama sekali tidak akan ditolong” [Hud 11: 113]


Sufyan al-Thauri ditanya oleh seorang tukang jahit, apakah pekerjaannya sebagai tukang jahit pakaian untuk pemerintah yang zalim itu, menjadikan dirinya sebagai sebahagian daripada golongan yang cenderung kepada orang-orang zalim, seperti yang tersebut di dalam surah Hud itu? Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan manusia-manusia yang zalim. Golongan yang cenderung kepada manusia-manusia yang zalim adalah mereka yang menjual jarum dan benang kepada kamu!”



Justeru, mencegah diri dari menyumbang kepada pengukuhan ekonomi kaum yang zalim, adalah justifikasi minima kepada mengapa boikot ada tempatnya di dalam reaksi kita terhadap tragedi di bumi Palestin. Besar atau kecil, statistik diperlukan untuk menghimpunkan kesan. Tetapi apa yang pasti, menolak produk yang ’sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ milik kaum yang zalim, adalah suatu proses Tarbiyah ke atas diri kita… yang sedang berada di jalan pulang kepada asolah Islam.



Tumpukan Boikot Barangan2 Ini,
BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009.
Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog ANda!

4 ulasan:

Adry berkata...

Boikot jangan tak boikot!!

Tanpa Nama berkata...

HAHA BOIKOT SAMPAI BILA2

Tanpa Nama berkata...

KITAK BOIKOT SAMPAI BILA2!!

Tanpa Nama berkata...

emm...
kfc tu boikot ke?

ada bce bru ni tp lupe kt mne...

kfc holdings (M) tu fully islam punye n kite hnye byr yuran sje utk nme kfc tu...
so, kite ni skng perlu atau x boikot kfc?

kenyataan tu lbh kurang mcm ni r...

kfc m'sia owner dia tan sri sumting kte xptut kite boikot kfc slps dia b'tungkus lumus turun naik mahkamah bla, bla utk dptkan hak milik sepenuhnya kfc holding (M) tu spy org islam blh mkn kfc tu...

so, even sekadar byr yuran je, bkn ke kite trt menyumbang sedikit kpd hq kfc tu?

now dlm dilemma sme ada kfc tu dlm ktgri blh dimkn o not...
i'm not too arif dlm agama...
so, juz asking sape2 yg blh bg pnrngan lnjut....

=]

~Promosi Terhebat~