Komuniti Followers

18 Disember 2008

Sepurnama yang bermakna..


‘Kerusi bagi Sekolah Sains dan teknologi dimenangi oleh..’ Prof. Amran Ahmed menarik nafas seketika.

Yap Kah Jin dengan 920 undi, Khairunisa binti Klem dengan 970 undi, Chan Xiang Loong dengan 967 undi, Nursyabri bin Mat Nor dengan 830 undi dan Azizul bin Julirin dengan 1011 undi. Tahniah kepada calon-calon yang telah menang’

Ini cerita sepurnama yang lalu..

Menghitung waktu, sudah sebulan lebih rupanya saya berada dalam medan yang satu ini. Medan yang memberikan ruang dan peluang kepada diri untuk memberi dan menghargai. Memberi sebanyak mungkin dan menghargai apa jua yang hadir dalam perjalanan hidup yang berliku ini. Kerana dengan memberi dan menghargai menjadikan hidup ini lebih bertujuan dan bererti.

Lama juga rasanya menyepi tanpa meng’update’ blog disebabkan kesibukan duniawi dan komitmen-komitmen lain. Terkesan juga apabila membaca tulisan Ustaz Akmal dalam entrinya ‘Mengapa Sepi’ huhu

Rupa-rupanya pengunjung blog ini masih tidak putus-putus. Walaupun beberapa waktu blog ini tidak aktif, ada sahaja angka yang tertera pada widget pengunjung.

Bilangan mereka mungkin sedikit. Mungkin saja ada yang sekadar lalu sahaja namun saya tetap menghargai ziarah anda.

Sepanjang beberapa minggu yang lepas, jadual saya maha padat dan sibuk. Komitmen mesyuarat dan perancangan bagi mempersiapkan program Islamic Summer Camp 08, menguruskan kursus pemantapan MPP 08 dan gerak kerja MPP yang lain serta pengurusan ladang kongsi Happy Farm Co. pada setiap hari sangat-sangat menjadikan segala tenaga dan kudrat yang ada dikerah dan diperah habis-habisan.. seperti memerah santan kelapa barangkali.. tapi metafora sangat pula huhu

Sampaikan banyak kali diri ini terdampar di mana-mana perhentian untuk menghilangkan rasa letih kerana kehabisan tenaga disamping 100plus yang menjadi sumber tenaga pantas dek sifatnya yang osmosis berbalik dan sebagai penghilang mengantuk yang seketika ..

‘Lack of chakura’ kata Naruto..

Namun..

Berlangbuana di kota bersejarah Melaka, memandu kesana sini, mesyuarat bejam-jam, tidur yang tak menentu menjadikan diri lebih mementingkan masa, mengenal erti hidup sebagai seorang hamba dan banyak lagi perasaan hati yang bernuansa puji-pujian kepadaNya ..

Segalanya adalah sebagai cara untuk mensyukuri dan menghargai segala nikmat yang telah dipinjamkan oleh Allah Azzawajala, disamping untuk dijadikan sebagai pengalaman berharga yang akan digunakan sebagai bekal untuk perjuangan yang panjang ini..

Marilah sama-sama kita hayati dan renungi setiap bait kata-kata tersebut..

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"

-Imam Assyaheed Hassan Al-Banna-


Hayati juga Ayat-Ayat CintaNya..

1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. ( Surah Al-Asr, 103:1-3)


Pada Allah jualah saya pulangkan segalanya..

Tokei Ikan BertaQwa

88999 UMS Kota Kinabalu

2 ulasan:

nurilhakim berkata...

Subhnallah..seronoknya bila diberi ruang utk memberi..lebih2 lg bila yg di sisi ialah shbt2 seperjuangan..dan ruginya mengenangkan waktu2 yg tak terisi bila ruang tersebut ditarik semula utk membuka jalan utk org lain pula memberi.
Allahuakbar.berikan kekuatan kepada MPP membangunkan anak bangsa, agama dan negara,insyaAllah..

"Ya Muqollibal Qulub,thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala tho'atik.."

Tanpa Nama berkata...

Baca luahan n pengalaman pejuang yg sorang ni, macam terasa juga siiikit knon 'penat' yg dirasanya..^_^
Yup! "Erti Hidup pada Memberi" (i try to agree n amalkan..hehe.. Emm...xpa ka ni kita 'pinjam' ayat Ust. Hasrizal?^_^)
Teruskan perjuangan. ALLAH ma'aka

~Promosi Terhebat~