Komuniti Followers

23 Januari 2009

Nisa Indoor Games

walaupun empunya blog bukan seorang muslimah tapi nda salah promote program NISA" di sini kan..

Tarikh: 24 Jan 09 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Letak kereta di hadapan Madrasah Islamiyah (hadapan Wisma Muis)

Kepada sahabat2 muslimat yang berkelapangan dijemput hadir untuk memeriahkan program Nisa' Indoor Games 2009. Pelbagai acara menarik dan demo menanti anda.

Malam Bersamamu palestin


Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS

Persembahan istimewa Mu'adz, Tayangan Palestin,
Persembahan Pentomin, Gerai / Pameran
dan banyak lagi...


Anjuran :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
dan CONCERN

Dengan Kerjasama :
JAKIM Sabah dan JHEAINS

Semua dijemput hadir bagi menunjukkan rasa kemanusiaan kita
terhadap penderitaan rakyat Palestin
.

Sumber : www.islamreturn.blogspot.com

14 Januari 2009

Boikot Berstrategi- Ambil dan edar!!



“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan menyambar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu sama sekali tidak akan ditolong” [Hud 11: 113]


Sufyan al-Thauri ditanya oleh seorang tukang jahit, apakah pekerjaannya sebagai tukang jahit pakaian untuk pemerintah yang zalim itu, menjadikan dirinya sebagai sebahagian daripada golongan yang cenderung kepada orang-orang zalim, seperti yang tersebut di dalam surah Hud itu? Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan manusia-manusia yang zalim. Golongan yang cenderung kepada manusia-manusia yang zalim adalah mereka yang menjual jarum dan benang kepada kamu!”



Justeru, mencegah diri dari menyumbang kepada pengukuhan ekonomi kaum yang zalim, adalah justifikasi minima kepada mengapa boikot ada tempatnya di dalam reaksi kita terhadap tragedi di bumi Palestin. Besar atau kecil, statistik diperlukan untuk menghimpunkan kesan. Tetapi apa yang pasti, menolak produk yang ’sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ milik kaum yang zalim, adalah suatu proses Tarbiyah ke atas diri kita… yang sedang berada di jalan pulang kepada asolah Islam.



Tumpukan Boikot Barangan2 Ini,
BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009.
Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog ANda!

~Promosi Terhebat~