Komuniti Followers

28 Februari 2011

Sudahlah Tibai Beras "Haram", Bersikap Kejam Pula!




Sebelum ini, segelintir pengguna lebih raya yang hilang pertimbangan halal dan haram berebut-rebut mengutip syiling berjumlah sekitar RM70 ribu yang bertaburan di jalan raya selepas kenderaan pacuan empat roda yang membawa syiling itu mengalami kemalangan. Selepas kejadian itu, pihak polis telah menyeru pengutip syiling berstatus haram ini agar menyerahkan kembali syiling tersebut di balai polis berhampiran. Cuba teka, berapa kerat yang telah berbuat demikian?

Seperti diberitakan di Kosmo 23 Feb 2011, sebuah lori treler yang membawa muatan beras mengalami kemalangan di di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim. Kemalangan itu menyebabkan beras bertaburan di jalan raya dan situasi itu mendorong segelintir pengguna lebuh raya yang seolah-olah dirasuk jin kebulur mengaut beras untuk dibawa pulang. Sekali lagi pengguna jalan raya hilang pertimbangan halal dan haram. Malah mereka sudah tidak peduli sama ada beras itu bersih atau tidak.

Yang menyedihkan apabila pemandu treler tersebut kecewa dengan sikap pengguna jalan raya yang ghairah mengaut beras tersebut daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan tersebut.


Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian sebagai akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan di kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengaut 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan.

Sudahlah tibai beras "haram", pengguna jalan raya yang muka tebal ini bersikap kejam!

Untuk berita berkenaan sikap pengguna jalan raya terhadap kemalangan pacauan empat roda yang membawa wang syiling sebanyak 70 ribu ringgit, boleh klik DI SINI.

Apa sudah jadi dengan sistem akhlak masyarakat kita sekarang? pernahkan pemimpin kita selaku pembuat dasar pernah ambil pusing akan perkara ini? para pembaca nilailah sendiri.

Sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com dengan sedikit suntingan

~Promosi Terhebat~